Pages

Thursday, October 15, 2009

Penyokong PAS Membiarkan Isteri Dirogol Di depan Mata

Saya amat pelik melihat tingkah laku penyokong PAS semasa pilihan raya kecil di Bagan Pinang. Semasa saya di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Saujana, ramai penyokong umno yang berada berdepan dengan penyokong PAS telah melontarkan kata-kata cacian terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Malangnya penyokong PAS asyik dengan "Lailahaillaulah -Lailahaillaulah -Lailahaillaulah"

Apakah ini yang dituntut dalam Islam? Maruah kita dihina dan dikeji, kita melihat dan membiarkan sahaja. Kononnya atas alasan 'jangan dilayan provokasi pihak lawan'..!!! Bila saya cuba bergerak ke hadapan, (keluar daripada kumpulan penyokong PAS) saya telah dihalang dan ditarik oleh beberapa penyokong PAS agar tidak menyemarakkan keadaan. Saya beritahu mereka saya hendak berjumpa polis yang terpacak di situ tetapi membiarkan penyokong umno membuat provokasi. Penerangan saya tetap tidak diterima oleh kalangan penyokong PAS. Mereka memegang dan memeluk saya, bimbang saya bertindak ke atas penyokong umno.

Tujuan saya adalah untuk memberi teguran kepada polis yang berada di situ tetapi seperti patung. Kenapa polis membiarkan provokasi melampau? Kenapa tidak dihalang caci maki dan kata-kata lucah oleh penyokong umno. Itu yang saya ingin sampaikan. Itu pun penyokong PAS tidak berani membenarkan saya lakukan.

Bagi saya kalau itulah cara penyokong PAS berdepan dengan provokasi umno yang mencaci maki kita didepan mata kepala kita dan dibiarkan, samalah seperti melihat dan membiarkan isteri dirogol didepan mata.

No comments:

Posting Terkini