Pages

Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Wednesday, January 14, 2015

1MDB gagal lunaskan hutang kepada bank RM2 bilion

1Malaysian Development Berhad (1MDB) gagal melunaskan hutang sebanyak RM2 bilion, yang sepatutnya dibayar pada penghujung Disember tahun lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada keseluruhan hutang RM5.5 bilion yang dijadulkan dan distruktur semula pada November 2013.
Menurutnya, 1MDB meminta lanjutan untuk membayar balik hutang tersebut kepada bank-bank tempatan sehingga 31 Januari ini.
“Difahamkan daripada jumlah hutang itu, 58.99 peratus adalah kepada Maybank, 32.41 peratus kepada RHB, 4.06 peratus kepada Alliance Investment Bank, 3.24 peratus kepada Malaysia Building Society Berhad dan 1.29 peratus kepada Hwang DBS Investment Berhad,” katanya dalam sidang Media di Kuala Lumpur.
Menurut Mahfuz, sebelum ini kerajaan memberi jaminan bahawa 1MDB tidak akan pernah gagal dalam membayar hutang tersebut dan akan melunaskan mengikut masa yang ditetapkan.
“Pemilikan utama Maybank adalah Permodalan Nasional Berhad (PNB) manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah pihak berkepentingan dalam RHB iaitu pegangan sebanyak 41.4 peratus dan 65 peratus dalam Malaysia Building Society Berhad (MBSB),” tambahnya.

Friday, January 9, 2015

Jualan kereta dijangka meningkat 3.15 peratus tahun ini


KUALA LUMPUR: Jualan kereta di Malaysia dijangka meningkat 3.15 peratus kepada 685,950 unit pada tahun 2015.

Menurut Rakan Kongsi Kanan Frost & Sullivan, Kavan Mukhtyar, penurunan harga bahan api akan membawa kepada jualan kereta yang lebih tinggi bagi suku pertama tahun ini.

Mukhtyar berkata beliau menjangkakan jualan kereta kompak akan naik berikutan pengguna lebih berminat dengan kenderaan yang lebih jimat minyak.

Jualan untuk kereta nasional dan bukan nasional bagi 2014 dijangka mencecah 665,000 unit.

Bagi segmen pasaran kereta nasional, beliau menjangkakan bahagian pasaran sebanyak 53.2 peratus tahun ini sama dengan peratusan tahun 2014.

Bahagian pasaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd adalah sebanyak 33.1 peratus dan Proton Holdings Bhd pula memperoleh 20.1 peratus daripada keseluruhan sektor kereta nasional.

Saturday, December 6, 2014

Khazanah umum Mueller jadi CEO baru MAS


KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional mengumumkan pelantikan Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines berkuatkuasa 1 Januari 2015.

Mueller yang kini CEO Aer Lingus, iaitu syarikat penerbangan kebangsaan Ireland juga dinamakan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.

Pelantikan Mueller dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Najib, pelantikan beliau penting dalam meletakkan asas yang kukuh demi kejayaan masa depan syarikat penerbangan nasional itu.

Selain itu, Khazanah juga mengumumkan pelantikan CEO dan Pengarah Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah MAS.

Pencalonan Mueller dan Mohammed Shazalli menyertai Lembaga Pengarah MAS adalah susulan pelantikan Mohd Izani Ashari sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif pada 12 Sept, 2014.

Lembaga Pengarah MAS, berkuat kuasa 1 Januari, 2015, akan dianggotai:

Monday, November 24, 2014

Selangor beri RM2.4 juta setahun untuk ADUN BN


Kerajaan Selangor memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun.

Sunday, September 7, 2014

Layakkah Khalid Ibrahim terajui MAS?


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan calon terbaik untuk menerajui Malaysia Airlines (MAS) bagi memulihkan prestasi syarikat penerbangan itu, ulas penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Mohammad Tawfik Yaakub.

Katanya perlantikan Abdul Khalid dijangka memberi pulangan yang berbaloi terhadap keuntungan serta imej syarikat penerbangan terulung di Malaysia berdasarkan rekod pengalaman serta kejayaan beliau.

Mohamad Tawfik memetik kejayaan Abdul Khalid selama menjadi Menteri Besar yang antaranya pengambilalihan Guthrie Bhd oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), pengumpulan dana RM3.2 bilion, kesepakatan perjanjian air Projek Langat 2, pengambilalihan syarikat konsesi air oleh kerajaan negeri dan program air 20 meter padu.

Monday, July 21, 2014

Tiba masanya audit terbuka zakat


Kewajipan membayar zakat bagi yang berkemampuan sudah termaktub sebagai rukun Islam keempat. Zakat layak diterima oleh lapan golongan atau asnaf, seperti yang disyariatkan Islam.

Berdasarkan stastitik kaum Melayu yang menganut agama Islam masih mendominasi kemiskinan di negara kita berbanding kaum-kaum lain.

Lihat saja golongan gelandangan, golongan meminta sedekah terutama di kota raya, rata-ratanya kaum Melayu dan beragama Islam.

Persoalannya di manakah pengagihan wang zakat yang disalurkan kepada mereka yang selayaknya?

PMUM berpendirian sudah tiba masanya zakat perlu diauditkan. Antara sebab dan musababnya ialah:

(1) Kemiskinan Melayu

Rakyat Malaysia memberikan keyakinan mereka terhadap badan zakat untuk menguruskan duit kutipan zakat, namun begitu sering terpampang di dada-dada akhbar bahawa masih ramai golongan asnaf yang belum menerima hak mereka.

Thursday, July 10, 2014

Tempat Khas Buat Gelandangan Siap Enam Bulan Lagi


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebuah tempat khas untuk menempatkan golongan gelandangan di ibu kota dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Ia tidak patut lama...dalam enam bulan akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan secara mengejut aktiviti Dapur Jalanan di sekitar Jalan Tun Perak di sini, malam tadi.

Najib berkata selain menyediakan tempat tidur pada waktu malam buat gelandangan, tempat khas itu juga akan dilengkapi kemudahan bilik mandi serta lokar untuk menyimpan barangan golongan kurang bernasib baik itu.

"Itu yang dia perlu, bukan flat tapi tempat di mana dia boleh tidur supaya tidak tidur di tepi jalan," katanya.

Najib turut melahirkan penghargaan kerajaan terhadap peranan yang dimainkan sukarelawan khususnya yang terlibat dalam menyediakan makanan dan minuman serta bantuan kesihatan kepada golongan gelandangan di ibu kota.

Perdana Menteri yang tiba pada 10.40 malam meluangkan masa kira-kira sejam melihat sendiri aktiviti pengagihan makanan dan minuman oleh sukarelawan Dapur Jalanan, selain turut berjalan kaki melihat keadaan di sekitar Bangunan Cahaya Suria.

Thursday, July 3, 2014

'Pemberi dan peminta sedekah akan dihukum'


Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibunegara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
    
Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
    

Tuesday, June 3, 2014

Apa istimewa Deepak dapat pinjaman tanpa faedah?


PULAU PINANG 2 JUN: KEADILAN mempersoalkan apakah keistimewaan ahli perniagaan yang rapat dengan perdana menteri, Deepak Jaikishan dibenarkan mendapat pinjaman RM32 juta tanpa faedah.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, sedangkan pelajar terpaksa meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan dikenakan faedah.
“Pelajar yang mengambil pinjaman PTPTN dikenakan faedah sebanyak 4 peratus. Jika tak bayar akan disenarai hitamkan.
“Deepak yang berhutang dengan Bank Rakyat pula tidak dikenakan apa-apa faedah walaupun pinjaman RM32 juta yang mahu dibayar selama 10 tahun, lebih banyak daripada seorang pelajar yang berhutang PTPTN,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian mengulas isu pinjaman tanpa faedah oleh Bank Rakyat kepada ahli perniagaan itu, seperti mana didedahkan bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik baru-baru ini.

Monday, May 12, 2014

Hampir 300 kru kabin MAS letak jawatan


EKSKLUSIF PETALING JAYA - Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang menanggung beban akibat tragedi MH370 kini berdepan masalah dalaman serius apabila hampir 300 kru kabinnya meletak jawatan menyebabkan syarikat kerugian dari segi kos latihan mencecah RM30 juta dalam tempoh dua tahun.

Faktor tekanan kerja, selain ‘dipancing’ syarikat penerbangan lain antara yang mendorong kira-kira 120 juruteknik pesawat, jurutera (40), pramugari dan pramugara (80) dan 30 juruterbang menamatkan perkhidmatan mereka di syarikat berkenaan.

Kebiasaannya, tindakan meletak jawatan itu berlaku apabila kru kabin selesai menjalani latihan yang dibiayai sepenuhnya syarikat yang dikatakan semakin kurang memberi tumpuan terhadap kebajikan kakitangan sejak tiga tahun lalu.

Sumber memberitahu, sudah beberapa tahun syarikat  gagal memberi bonus, keistimewaan kakitangan mendapat tiket penerbangan untuk bercuti bersama keluarga juga terhapus, selain beban tugas yang meningkat kerana kekurangan kakitangan.

Sunday, December 29, 2013

Harga Ais pula naik bermula 1 Jan 2014

SHAH ALAM 29 DIS: Persatuan Pembuat Tube Ice Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan menaikkan harga ais sebanyak 50 sen setiap beg manakala harga air batu blok pula akan meningkat RM2.50 setiap blok mulai 1 Januari ini.
Menerusi iklan yang dikeluarkan dalam akhbar Inggeris oleh 26 pengilang ais di Lembah Klang, mereka berkata, kenaikan harga ini tidak boleh dielakkan berikutan kenaikan kos pengeluaran dan pengedaran.
“Kadar tarif elektrik yang terkini (kira-kira 17 peratus) bermula 1 Januari 2014 dan kenaikan diesel (naik 11.1 peratus) sejak 2 September tahun ini telah menyebabkan perkara ini,” kata mereka.
Kenaikan harga ais juga disebabkan pelaksanaan dasar gaji minima mulai Januari tahun ini, kenaikan gaji 18 peratus serta kenaikan harga beg plastik, tayar dan alat ganti.
Satu barang je tak naik.... APAM SEMAH

Thursday, December 12, 2013

Perbincangan Januari 2014, gaji tetap naik

SHAH ALAM: Kenaikkan gaji bagi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan tetap dilaksanakan walaupun bakal ada perbincangan semula pada awal bulan Januari.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini berkata perbincangan tersebut akan melibatkan ADUN Pakatan Rakyat (PR).
Bagaimanapun, apabila disoal adakah akan berlaku penyelarasan gaji bagi ahli DUN, Khalid sekadar membayangkan penyelarasan semula akan dilakukan.
“Perbincangan ini tidak akan disegerakan kerana banyak lagi perkara perlu diberi keutamaan.
“Kadar penyelarasan tak sesuai dibincangkan (sekarang) kerana perlu berbincang dengan mereka yang terjejas. Kenaikkan akan tetap berlaku sebab sudah diluluskan oleh DUN,” beliau menambah.
Khalid, yang juga ADUN Perlabuhan Klang turut berkata kadar kenaikkan gaji ahli DUN Selangor bukanlah yang tertinggi dalam negara.

Tuesday, December 3, 2013

Kerajaan Selangor digesa wartakan semua maklumat projek infrastuktur

SHAH ALAM, 3 DISEMBER: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kampung Tunku, Lau Weng San menggesa Kerajaan Selangor mewartakan setiap maklumat projek infrastruktur kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan, selaras dengan prinsip ketelusan yang diamalkan.
Berucap pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), beliau berkata, ia bagi mengelak kebimbangan rakyat terhadap nasib mereka berikutan pelaksanaan projek itu.
“Beribu persoalan akan timbul, samada rumah dan tanah penduduk akan diambil, pampasan secukupnya akan dibayar atau mereka akan dipindah selepas ini.
“Bagi tanah dan rumah yang tidak diambil, mereka juga ingin tahu kesan buruk jika terpaksa hidup berjiran dengan projek berkenaan

Wednesday, September 11, 2013

Kabinet Thai lulus kenaikan subsidi pekebun getah.


BANGKOK, 11 Sept. - Kabinet Thailand pimpinan Yingluck Shinawatra semalam memutuskan untuk menggandakan subsidi pekebun getah kepada 2,520 baht (RM257) setiap rai, yang dihadkan pada 25 rai (6.25 rai bersamaan dengan sehektar) bagi setiap pekebun, sebagai usaha mengelakkan protes berterusan.

Timbalan Jurucakap Kerajaan, Sunisa Lertpakawat berkata, Kabinet telah meluluskan cadangan oleh Jawatankuasa Dasar Getah Asli dan kerajaan akan menanggung subsidi kira-kira 21.2 bilion baht (RM2.1 bilion).

Subsidi berkenaan dikuatkuasakan untuk tempoh menoreh getah selama tujuh bulan iaitu dari 1 September lalu hingga 31 Mac 2014 dan akan memberi manfaat kepada 992,000 pekebun getah berdaftar," katanya. - BERNAMA http://bit.ly/TDJctv

Sunday, July 21, 2013

Harga ayam: Tiada kompromi bermula 26 Julai

Harga ayam


BESUT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak akan berkompromi dengan para peniaga yang enggan mematuhi ketetapan harga ayam standard RM7.70 sen sekilogram ber mula 26 Julai ini.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, mulai ketetapan kadar harga yang berkuatkuasa 26 Julai ini, tiada mana-mana peniaga yang boleh dengan sesuka hati mengenakan harga lebih tinggi.

Wednesday, July 17, 2013

Gerai bazar Ramadan Pahang naikkan harga


KUANTAN - Kira-kira 30 peratus daripada 3,345 gerai di bazar Ramadan yang diperiksa di seluruh Pahang menaikkan harga jualan mereka dari 10 sen hingga RM3 berbanding harga tahun lepas.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Mohd A. Aruwan Ab. Aziz berkata, 45 peratus daripada peniaga mengekalkan harga manakala 25 peratus lagi menurunkan harga antara 10 sen dan RM2.50 bagi setiap barang.

Wednesday, July 3, 2013

Anwar ada RM332j dalam akaun luar negara




Datuk Seri Anwar Ibrahim
Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Tuesday, March 26, 2013

Amah tidak boleh jadi PR Hongkong


HONGKONG: Sebuah Mahkamah Tinggi Hongkong telah menolak permohonan dua pembantu rumah warga Filipina yang mahukan status penduduk tetap.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan Akhir sebulat suara memutuskan bahawa Cik Evangeline Banao Vallejos dan Encik Daniel Domingo tidak dibenarkan menjadi penduduk tetap Hongkong walaupun telah tinggal di situ selama tujuh tahun, tempoh yang selalunya membolehkan warga asing menjadi penduduk tetap di bawah perlembagaan Hongkong.
Semasa perbicaraan, kedua-duanya menyatakan bahawa peruntukan imigresen yang melarang pembantu rumah warga asing mendapat status penduduk tetap tidak mengikut perlembagaan.
Sebuah mahkamah rendah sebelum ini memutuskan bahawa pasangan pembantu rumah itu berhak memohon status penduduk tetap di bandar itu.
Mahkamah memutuskan bahawa pembantu rumah tidak sepatutnya dianggap "penduduk biasa" memandangkan kontrak pekerjaan mengikat mereka pada tempoh pekerjaan sementara.

Friday, March 22, 2013

Kakitangan CIMB piket tuntut 'keadilan'


Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad
Ahli Kesatuan Sekerja Bank (NUBE) dan kakitangan bank CIMB Berhad hari ini mengadakan piket membantah pihak pengurusan bank itu kerana didakwa tidak menjaga kebajikan dan melanggar hak asasi pekerjanya.

Mereka membantah antaranya mengenai dakwaan ketidakadilan dalam penilaian prestasi bagi bayaran bonus kakitangan dan isu pemecatan kakitangan yang mempersoal penggunaan dana pekerja oleh pihak pengurusan.

Piket NUBE di CIMB di Petaling Jaya hari ini bermula kira-kira jam 12 tengahari ini selama satu jam dan disertai kira-kira 300 ahlinya termasuk kira-kira 60 kakitangan CIMB.

Monday, March 18, 2013

Lagi RASUAH pilihan raya dari Najib yang sedang nazak

Lagi RASUAH pilihan raya dari Najib yang sedang nazak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas akan menyuntik semangat warga PNB untuk meneruskan pencapaian kumpulan itu selama 35 tahun.

"Saya berharap dengan imbuhan ini seluruh warga kerja akan bekerja lebih kuat lagi, lebih tekun dan lebih gigih lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun PNB ke-35 di Serdang, malam tadi.

Turut hadir isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Posting Terkini