Pages

Wednesday, August 24, 2011

Majlis syura: Sultan Selangor sangkal dakwaan MB


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, melahirkan rasa terkejut dan marah dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang mengatakan bahawa penubuhan sebuah majlis syura bagi menangani isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) adalah atas titah sultan Selangor itu, demikian menurut setiausaha sulitnya, Datuk Mohamad Munir Bani, semalam.

Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir berkata, dalam pertemuan minggu lalu, Tan Sri Abdul Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan DUMC mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di premis gereja itu pada 3 Ogos lalu.

'Memang Tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan majlis syura, itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.


'Tuanku tidak sebut apa-apa tentang majlis syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,' katanya kepada laman berita The Malaysian Insider.

Kelmarin, kerajaan Selangor, melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Abdul Khalid, mengumumkan penubuhan sebuah majlis syura untuk menyelesaikan pertikaian berhubung isu DUMC itu.



3 comments:

Anonymous said...

sultan....cheers

Anonymous said...

Sultan murka, apadahal?...Kalu Allah murka? ada berani??

Paka-LANDLORD said...

Dia ni nampak sgt pro... Ummnoooo. Bukanya nak tolong perbetulkan yg salah.

Posting Terkini