Pemangku Menteri Pengangkutan, Tan Sri Hishammuddin Hussein bersedia untuk memberi taklimat khas kepada Pakatan Rakyat tentang kehilangan MH370 dan usaha mencari serta menyelamat yang sedang dilakukan sekarang ini.
Menurutnya, Pakatan Rakyat perlu memohon untuk menghadiri taklimat sedemikian rupa, sama seperti yang dilakukan oleh kelab penyokong kerajaan (BBC).
"Lepas ini mungkin kita dapat buat perjumpaan dengan pembangkang dan pakar-pakar lain.
"Sudah tentu (saya bersedia memberi taklimat) jika mereka memohonnya.
"Cuma, saya tidak pasti apa jangkaan mereka," kata Hishammuddin sewaktu ditemui selepas sesi taklimat kepada MP BN, di sebuah hotel di ibu kota malam tadi.

