Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Friday, April 26, 2013
Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim ditembak mati
Menurut laporan media, mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat di Lebuh Sentosa, di Putrajaya.
Tuesday, November 13, 2012
25 kereta, satu motosikal dihempap bumbung di UKM
Sebanyak 25 kereta dan sebuah motosikal rosak apabila bumbung laluan pejalan kaki di sebelah tempat parkir tumbang setelah dihempap sebatang pokok semasa hujan lebat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, semalam.
Bumbung laluan pejalan kaki ke arah tempat parkir bersebelahan Dewan Canselor, Tun Abdul Razak, menimpa kenderaan yang terletak di parkir itu pada kejadian pukul 4 petang semalam.
Ketua Pengarah Keselamatan UKM Leftenan Kolonel (B) Jury Tasripan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali kerosakan di bahagian bumbung dan cermin pecah pada semua kenderaan itu.
"Bumbung sepanjang kira-kira 200 meter dan diperbuat daripada atap genting itu rosak teruk akibat dihempap pokok yang tumbang," katanya kepada Bernama di tempat kejadian.
Bumbung laluan pejalan kaki ke arah tempat parkir bersebelahan Dewan Canselor, Tun Abdul Razak, menimpa kenderaan yang terletak di parkir itu pada kejadian pukul 4 petang semalam.
Ketua Pengarah Keselamatan UKM Leftenan Kolonel (B) Jury Tasripan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan kecuali kerosakan di bahagian bumbung dan cermin pecah pada semua kenderaan itu.
"Bumbung sepanjang kira-kira 200 meter dan diperbuat daripada atap genting itu rosak teruk akibat dihempap pokok yang tumbang," katanya kepada Bernama di tempat kejadian.
Wednesday, September 26, 2012
Empat pegawai Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang didakwa atas 59 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM86,850
DARI KIRI: Md. Shahrizal, Mohamad Huzzail, Mohamad Izuwansyah dan Nor Shahazlina berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam.
SHAH ALAM – Perbuatan keji empat pegawai Jabatan Imigresen, Bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang yang didakwa atas 59 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM86,850 dua tahun lalu berbalas apabila mereka dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Md. Shahrizal Che Dan, 26; Mohamad Izuwanshah Samsuri, 27; Nor Shahazlina Sulaiman, 26, dan Mohamad Huzzail Ahmad, 31, yang kesemuanya kini digantung tugas didapati bersalah mengambil rasuah sebagai upah bagi memudahkan kemasukan rakyat Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat.
Friday, October 28, 2011
Ketirisan amat parah di Kementah
Warta Kerajaan Rakyat l Bagaimana anda rasa sebagai pembayar cukai jika seseorang memberitahu anda bahawa Kementerian Pertahanan (Kementah) membayar sebanyak RM7.55 bilion untuk membeli kereta perisai yang harga sebenar hanya seperempat dari jumlah itu?
Jika anda benar-benar tahu berapa nilai RM7.55 bilion (atau RM7,550 juta) itu, anda mungkin terperanjat dan sukar untuk mempercayai dan memekik: “Adakah kerajaan kita begitu teruk? Adakah mereka begitu berani?”
Jawapannya ialah ia; dan tirai drama mula dibuka di parlimen kita, tidak seperti di setengah-setengah laman web yang membuat dakwaan yang tidak berasas.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyoal Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kenapa Kementah membayar harga yang sangat mahal, sebanyak RM7.8 bilion untuk 257 buah kereta perisai.
Monday, September 26, 2011
Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara
Warta Kerajaan Rakyat l Lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai tersebut.
"Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan, tiga daripadanya akan diwujudkan di Pahang iaitu di Bera, Kuantan dan Pekan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya peneroka Felda Tembagau, dekat Bera, malam tadi.
Monday, September 5, 2011
Lebih 2.3j pekerja asing, pati daftar Program 6P
PUTRAJAYA 5 Sept — Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (pati) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 pati.
"Ini menunjukkan satu angka dan jumlah yang begitu besar.Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, tidak termasuk pembantu rumah, tidak termasuk pelarian dan di Sabah dan Sarawak.
Friday, August 5, 2011
PAS tangkap pengedar MyKad kepada warga asing
Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata, PAS mengesan pada Februari lalu apabila tangkapan dibuat di sebuah rumah.
Beliau juga kesal ekoran laporan hasil siasatan berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing masih belum mendapat perhatian pihak polis.
Labels:
1Malaysia,
Konspirasi,
Malaysian Politik,
PAS,
UMNO
Tuesday, April 26, 2011
Rakyat perlu jadi pemangkin transformasi, kata Najib
Warta Kerajaan Rakyat : KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu menjadi pemangkin kepada transformasi sesebuah negara.
Perdana Menteri berkata beliau selalu menekankan nilai kesederhanaan dan konsep 1Malaysia berpaksikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”
Sekiranya rakyat mendokong nilai dan konsep itu, negara pasti boleh mencapai lebih banyak kemajuan dan menjadi faktor pengaruh positif kepada rakan sekeliling.
Subscribe to:
Posts (Atom)

