Pages

Saturday, April 20, 2013

PapaGomo: Saya mengaku saya bacul

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris
SAYA (Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris) mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.

Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.

Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.

Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.

Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini. 

Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini.Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.

Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama denganrakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.

Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia,saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama,bangsa dan Negara..selebihnya terserah kepada anda.Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda..itu adalah keputusan anda.

5 comments:

rockers said...

kamu cintakan agama kamu,cintakan bangsa kamu,dan cintakn negara..tetapi kamu bekas polis dibuang kerja kerana cintakan negara kah? Kamu rasuah kerana cintakan bangsa kah? dan cipta fitnah untuk agama kah? BOLO la lu pope...dan seterusnya untuk dijadikan ikutan anak cucu cicit kamu sendiri kah dgn cara sebegini?

sendiri mau ingat.ada syurga ada neraka.

andai kata anwar menang kt p.pauh brmakna orang p/pauh tk bersih,mcm kamu kata?
kamu yang bersalah rasuah dan memfitnah itu yg bersih,mcm kamu sangka?

sendiri mau ingat.

weiii POPE d gomo..sapa nadi rakyat malaysia yg hang jumpa?
najib kah? atau kak ros kah?

Weiii pope d' gomo..tahukah kerana mu lah undi anwar akan bertambah dan keranamu lah jua nanti bn kecundang dan berkubur selamanya.

Anonymous said...

Perasuah $$ yang pencinta agama ialah pemfitnah terbesar yang mencintai agama

Anonymous said...

dia ni sakit jiwa ni...terlalu byk dok fikir macam mana nak reka fitnah...sian dia..

Anonymous said...

Nampak muka saja dah takde seri Syurga. Lihatlah musibah yang akan menimpanya nanti. Pasti Allah s.w.t akan memperlihatkan kepada sekalian waris manusia di bumi Malaysia yang berdaulat ini.

Anonymous said...

Niee....muka cam pecah rumah,lagi mau cakap pandai...pirahh mabuk...

Posting Terkini