Hamisa dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini berkata, ia tidak sepatutnya dilakukan oleh Kamilia yang merupakan seorang pemimpin kanan dalam Umno.
“Keputusan itu amat mengecewakan, apatah lagi Kamilia memegang jawatan kedua tertinggi dalam Wanita Umno yang seharusnya menjadi contoh kepada ahli lain,” katanya.
Kamilia semalam membuat kejutan dengan mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar dengan menggunakan lambang buku.
Lebih mengejutkan lagi apabila beliau mengumumkan keluar daripada Umno dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti sejurus nama beliau disahkan sebagai calon.
Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.
Kamilia sebelum ini pernah menyuarakan kekecewaannya kerana BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam PRU13.
Kenyataan itu ditangkis Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, tidak timbul soal beliau tidak diberi tempat kerana beliau sendiri menolak tawaran bertanding DUN Bukit Chandan.
1 comment:
Dah gila kuasa begini lah jadinya
Post a Comment