Pages

Showing posts with label PAS. Show all posts
Showing posts with label PAS. Show all posts

Friday, May 13, 2016

P093 Parlimen Sungai Besar: PAS Selangor sedia 6 calon berpotensi

PAS Selangor telah menyenarai pendek enam calon-calon berpotensi untuk diketengahkan pada pilihan raya kecil Sungai Besar, kata bendaharinya, Zaidy Abdul Talib.
Sambil melahirkan harapan tidak berlakunya pertembungan tiga penjuru untuk kerusi itu, beliau turut menekankan sejauh keprihatinan pucuk pimpinan PAS negeri, parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Wallahu a’lam,” katanya ketika ditanya sama ada bakal berlaku pertandingan tiga penjuru.

Tuesday, April 7, 2015

Hadi mungkin bentang RUU hudud hari ini


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud di Parlimen hari ini.

Rang undang-undang bagi untuk meminda akta mahkamah syariah itu dimuat dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada speaker akan membenarkan Hadi membentangkan rang undang-undang itu.

Ia juga kemungkinan besar tidak sempat dibahaskan kerana berada di kedudukan ke-24 dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Wednesday, August 27, 2014

PAS Selangor yakin pimpinan PR mampu duduk semeja

PETALING JAYA: PAS Selangor yakin dengan pengalaman serta jiwa besar pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang akan membolehkan mereka duduk semeja dan bersepakat bagi menyenaraikan nama-nama calon Menteri Besar secara bersama, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.
Menurutnya, diharapkan kemelut ini dapat segera sampai kepenghujungnya supaya harapan rakyat kepada PR untuk memimpin negeri tercinta dan seterusnya negara berdaulat terus bersinar terang.
“PAS Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih dari dua namauntuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.
“Juga dengan perkenan Tuanku agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar yang baharu dilantik,” katanya melalui status Facebook.
Jelasnya, titah Sultan Selangor itu mengambarkan bahawa kemelut Menteri Besar Selangor sudah sampai ke episod penyudah yang bakal mengembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya.

Sunday, August 10, 2014

'Bila PAS & PKR saling londeh melondeh...'


Kegagalan PAS dan PKR yang kini saling londeh melondeh sesama sendiri dalam isu krisis menteri besar Selangor menimbulkan kesangsian sama ada mereka mampu menjadi alternatif sebenar kepada BN.

Perkara itu dibangkitkan penganalisis politik daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik hari ini.

“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya PAS dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan antara satu sama lain.

“Di dalam kes di Selangor (ia) telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN,” katanya.

Wednesday, July 30, 2014

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya


Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terus mengkritik rancangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor sekarang.

Terkini, Zuhdi menerusi tulisan pada laman Facebook-nya menyeru agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menghabiskan tempoh pentadbirannya sehingga pilihan raya akan datang.

Monday, December 16, 2013

Politik PAS: Husam Musa turun pangkat?


KOTA BARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa  (gambar) diturunkan pangkat dari Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan II kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan III.
Husam bukan sahaja kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri selepas PRU ke 13 malah kali ini beliau diturunkan pangkat pula dalam kepimpinan negeri.
Dalam barisan Perhubungan PAS Kelantan yang diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar Datuk Nik Amar Nik Abdullah dilantik Timbalan Pesuruhjaya Negeri I manakala tempat Husam diisi oleh Senator Johari Mat.
Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar mengumumkan perlantikan  Zulkifli Mamat sebagai Setiausaha Perhubungan, manakala Datuk Nasaruddin Daud sebagai Ketua Penerangan dan Datuk Hanifa Ahmad sebagai Bendahari.

Saturday, November 30, 2013

'Anak Muda dan Masa Depan Politik Negara'



Wacana Anak Muda Malaysia (WAMM)
'Anak Muda dan Masa Depan Politik Negara'
Panel :
1) YB Nurul Izzah Anwar, MP Lembah Pantai (PKR)
2) Sdr Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Malaysia
3) YB Dr Ong Kian Ming, MP Serdang (DAP)

Tarikh : 2 Disember 2013, Isnin
Masa : 8 malam
Tempat : Auditorium KL-Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
             (Berhadapan Hentian Monorail Jalan Maharajalela KL)

Anjuran : Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai

Ramai kasihan dengan nasib Ustaz Kazim selepas ini

KUALA LUMPUR: Ramai yang bimbang jika Ustaz Kazim Elias tidak lagi dapat menggunakan ilmu dan pengetahuan agama yang dimilikinya dengan sewajarnya selepas menduduki kerusi MT kerana tenggelam dalam persekitaran dan budaya Umno yang tidak begitu sesuai dengan seseorang yang berlatar-belakangkan agama.

“Sudah terbukti sebelum ini bagaimana begitu ramai golongan agama yang berada dalam Umno dan diberi kedudukan, akhirnya tenggelam dan hanyut,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Menurutnya, golongan terbabit akhirnya turut terpalit dengan budaya bermewah, memiliki rumah dan kereta besar serta dikaitkan dengan beberapa perlakuan yang berunsurkan rasuah.

“Inilah yang menyebabkan ramai yang kasihan dengannya kerana beliau dijangka akan menjadi golongan agama terbaru yang menjadi mangsa dan akan hanyut serta tenggelam selepas ini,” tulisnya lagi.

Berikut ialah tulisan penuh beliau.

Monday, November 11, 2013

'Saya Bertanding Kerana Hasrat Akar Umbi'

KOTA BARU: Calon bagi jawatan timbalan presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata persetujuannya untuk bertanding bagi jawatan itu adalah untuk memenuhi kehendak peringkat akar umbi parti itu dan bukan berhasrat menentang penyandangnya Mohamad Sabu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakannnya itu juga tidak boleh disifatkan sebagai pertembungan antara calon ulama dan profesional.
Beliau sebaliknya berpendapat siapa sahaja yang menang mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan semula kepercayaan bangsa Melayu terhadap parti itu yang merosot pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.
"Kini terpulang kepada perwakilan...saya tawarkan (diri) untuk mereka membuat pilihan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ahad.
Mohd Amar turut menafikan beliau tidak mempunyai kekuatan di peringkat pusat apatah lagi pernah tewas sebanyak dua kali bagi jawatan naib presiden yang ditandinginya sebelum ini.

Wednesday, November 6, 2013

Salahuddin Ayub tidak akan cabar Mohamad Sabu


Salahuddin Ayub tidak akan cabar Mohamad Sabu
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, tiada keperluan baginya pada masa ini untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh pemimpin popularnya Mohamad Sabu.

"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu atas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.

Kenyataan Salahuddin itu kali pertama dibuat secara terbuka setelah dicalonkan bersama seorang lagi naib presiden Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tun Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Sunday, November 3, 2013

N20 Sungai Limau: Warga emas diingat jangan serah MyKad



BN dilihat semakin terdesak apabila mengarahkan petugas-petugas mereka mengawal rumah setiap pengundi dalam kalangan warga emas supaya jentera PAS tidak dapat menemui mereka. 

Perkara itu ditemui oleh Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff diiringi petugas jentera Jerai, Ummi dan jentera Muslimat PAS Negeri Sembilan, Zaleha Md Said yang menjalankan kempen di kubu tegar BN, UPU Dulang Besar. 

Ketika mengadakan ziarah warga emas yang sedang sakit, jentera BN yang terdiri empat orang lelaki itu hanya dua orang sahaja berada dalam rumah manakala dua orang lagi berada di luar. 

Bagaimanapun, dua orang jentera BN itu masuk ke dalam rumah apabila dua orang jentera Muslimat PAS masuk ke dalam rumah berkenaan. 

Empat orang jentera BN yang mengawal rumah warga emas tersebut mengaku datang dari BN kawasan Baling dan bertugas di Tabung Haji.

PRK Sungai Limau: Penyokong Umno BN sebar SMS palsu


Sehubungan itu, Zailah mengingatkan seluruh pengundi wanita khususnya warga emas supaya tidak menyerahkan Kad Pengenalan (MyKad) kepada mana-mana petugas BN yang datang ketika merayu undi. 

Saturday, June 22, 2013

Husam ditahan mengikut Akta Hasutan

Naib presiden PAS Husam Musa
Naib presiden PAS Husam Musa berkata beliau hari ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. Husam dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dijangka mempunyai kaitan dengan satu kenyataannya, seperti disiarkan Harakahdaily, yang menganjurkan kehadiran ke perhimpunan 'Black 505' hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan Isnin lalu, Husam antara lainnya berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah.
"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

Wednesday, June 19, 2013

PAS perlu dipimpin Husam untuk kemajuan

Datuk Zaid Ibrahim
Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim berpendapat PAS akan lebih maju jika parti itu dipimpin oleh naib presidennya, Datuk Husam Musa.

Mengutarakan pandangannya menerusi akaun Twitternya semalam, Zaid yang juga seorang peguam juga berkata kedudukan Husam dalam PAS akan turut mempengaruhi hala tuju Pakatan Rakyat.

"Saya fikir masa depan Pakatan bergantung kepada di mana Husam Musa ditempatkan.

"Maksud saya, PAS mesti dipimpin oleh Husam baru ada progress (kemajuan). Tanpa progress dalam PAS, Pakatan juga akan hadapi jalan buntu," kata Zaid tengah hari tadi.

Seruan itu dibuat menjelang muktamar pemilihan PAS tahun ini yang akan berlangsung di Selangor pada 22 hingga 24 November depan. 

Ia bakal menyaksikan pemilihan kepimpinan yang baru bagi semua peringkat untuk sesi dua tahun berikutnya.

Saturday, June 8, 2013

PAS juga akan cadang wakil Pegawai Perhubungan Politik

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman
PAS Selangor akan menuruti langkah DAP bagi mencadangkan seorang wakilnya untuk jawatan Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Negeri Selangor.

Perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor, Selasa depan, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman (gambar kiri) kepada Harakahdaily, hari ini.

Tegas Abdul Rani, adalah lebih baik setiap wakil parti dari Pakatan Rakyat Selangor dilantik bersama, memandangkan kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu adalah kejayaan bersama di antara PAS, PKR dan DAP.

"Jadi, PAS akan mencadangkan agar jawatan itu turut diberikan kepada wakil PAS dan juga DAP, sepertimana diberikan kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail," tegas beliau ketika dihubungi.

Terdahulu, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok untuk jawatan tersebut dengan status dan syarat lantikan yang serupa dengan Saifuddin.

Friday, May 17, 2013

Umno Dan PAS Perlu Bersatu


Umno Dan PAS Perlu Bersatu
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada Khamis mengulangi kenyataannya supaya parti-parti mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini bersatu untuk kebaikan agama.
Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al Quds Malaysia berkata, untuk mencapai tujuan itu pemimpin dan anggota Umno dan PAS perlu berani mengenepikan kepentingan masing-masing.
"Kegagalan penyatuan di antara Umno dan PAS berlaku kerana masing-masing tidak mahu meninggalkan kepentingan peribadi dan kuasa yang diperoleh," katanya ketika menjawab soalan daripada peserta Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR), di sini.

Saturday, May 11, 2013

Azizan Masih Belum Sedarkan Diri


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
GEORGE TOWN: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata bagaimanapun keadaan kesihatan beliau stabil setelah selesai menjalani pembedahan itu pada pukul 11.30 malam Khamis.
"Sehingga pukul 5 petang ini, beliau kini ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi) masih tidak sedarkan diri dan ahli keluarganya masih berbincang bila beliau akan dibawa pulang untuk menyambung rawatan di Kedah," katanya di sini Jumaat.

Friday, May 10, 2013

HP Salahuddin diklon, hantar SMS anti-Cina

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menafikan menghantar SMS perkauman, sebaliknya menjelaskan telefon bimbitnya telah diklon oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan itu.

Katanya, ketika berada di pejabat PAS Kelantan malam tadi, beliau mendapat beberapa SMS daripada anggota parti Islam itu yang mengadu menerimanya.

SMS itu berbunyi: "Cina telah cuba tolak kuasa Melayu, tetapi gagal.Chinese are not the king maker (orang Cina bukan penentu).Sekarang masa Melayu bersatu untuk ajar Cina. Sebarkan." 

Beliau juga berkata, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga mengalami nasib yang sama apabila cuba dikaitkan dengan SMS anti-Cina itu.

Salahuddin membuat laporan polis di Kota Bharu tengah hari tadi dan meminta syarikat telekomunikasi menyekat taliannya daripada menghantar sebarang mesej.

Tuesday, May 7, 2013

Azmin Ali: Kedudukan Khalid sebagai MB masih tidak jelas

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali
Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.

Tuesday, April 30, 2013

Salahuddin Ayub: Isu yang lebih besar, tunggu sajalah


kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)
Hambar dan kurang menyengat mungkin gambaran sesetengah pemerhati yang tidak terlibat secara langsung dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang sudah memasuki minggu terakhir.
Bagaimanapun, kesibukan calon kini tentunya memasuki tahap maksimum memandangkan hanya tinggal lebih kurang enam hari lagi sebelum rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi pada 5 Mei ini,
Calon Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Parlimen Pokok Sena, Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata kempen pilihan raya tidak perlu dipanaskan dengan menjaja cerita fitnah.
"Hari ini kita berpolitik, esok lusa kita jumpa di kedai-kedai kopi bersembang juga," ujar beliau.

Saturday, April 27, 2013

Hanya seorang calon Pakatan Rakyat di DUN Kota Damansara

Pengerusi PSM, Mohd Nasir Hashim. DUN Kota Damansara
MUKTAMAD : PAS beralah, serah Kota Damansara kepada PKR

PAS akhirnya beralah dan bersetuju menyerahkan kerusi DUN Kota Damansara untuk ditandingi calon PKR.

Keputusan itu dicapai selepas hampir seminggu parti itu berunding dengan PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

"Selepas rundingan, saya mengumumkan bagi kerusi DUN Kota Damansara, kami akan kembali kepada status quo seperti sebelum hari penamaan calon.

"Kerusi itu diperuntukkan kepada PKR," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di ibupejabat parti di Kuala Lumpur hari ini.

Posting Terkini