Pages

Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Pendidikan seks remaja lelaki tahun depan


Pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas akan dilaksanakan tahun depan, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata modul itu mensasarkan remaja lelaki bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual, lapor New Sunday Times.

"Pelaksanaan modul tersebut kelak dapat membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga," Rohani dilapor sebagai berkata.

Wednesday, September 4, 2013

DAPATAN KAJIAN KEBERHUTANGAN PTPTN


Kajian keberhutangan peminjam PTPTN yang dijalankan oleh KEADILAN telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 1,053 responden dalam tempoh seminggu ia dijalankan secara dalam talian. Jumlah responden yang setara dengan kajiselidik-kajiselidik lain (di antara 1,000 hingga 1,500 responden) membayangkan isu ini adalah isu penting terutamanya dikalangan orang muda.

Dapatan dari kajiselidik tersebut disertakan bersama untuk makluman dan penelitian media dan orang ramai.

Dapatan-dapatan penting dari kajiselidik tersebut adalah seperti berikut:

Saturday, August 17, 2013

Persiapan bawa pulang pelajar M'sia di Mesir



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan segala persiapan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir dilakukan berikutan keadaan di negara itu yang kini di ambang perang saudara.
    
Beliau berkata kerajaan ketika ini memantau dengan teliti setiap perkembangan terkini yang berlaku di negara itu.
    
"Sekiranya keadaan itu menjejaskan keselamatan (para pelajar) mereka akan dibawa pulang...segala persiapan akan dibuat sebab keadaan di sana kini dilihat berada di ambang perang saudara sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam sehari dua ini," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan hari ini.
    

Saturday, July 27, 2013

Polis terima 18 laporan isu SK Seri Pristana



Polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa, orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh, Selasa lepas.
    
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu, adalah salah.    
    
Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorong daripada guru sekolah itu,  dan satu lagi daripada kerani sekolah, katanya kepada Bernama semalam.
     

Friday, May 24, 2013

Nama kementerian ditukar ikut suka dia


Ditukar semula kepada kementerian pendidikan
Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan
Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. 
    
Beliau, yang juga menteri pendidikan berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

Bekas Ketua Cabang Puchong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenjara 18 bulan


PETALING JAYA - Bekas Ketua Cabang Puchong Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Murali dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah menghalang tugas seorang guru besar, dua tahun lepas.

Majistret Nor Afidah Idris memerintahkan Murali, 45, menjalani hukuman itu mulai hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan Murali membayar kos sebanyak RM3,000 kepada pendakwaan dan jika gagal berbuat demikian, dia boleh dipenjara selama tiga bulan.

Thursday, March 14, 2013

Alamak... Kerajaan PR Selangor kena saman laaa

 1,888 ibu bapa hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor
SHAH ALAM 14 Mac - Seramai 1,888 ibu bapa hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Selangor menuntut tunggakan RM1.038 juta kerana gagal memberikan bantuan pendidikan prasekolah kepada anak-anak mereka seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.

Saman difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi pihak ibu bapa di Selangor yang diketuai seorang suri rumah, Sarina Hashim, 35.

Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan kedua.

Kesemua ibu bapa itu berasal dari tujuh kawasan Parlimen sekitar Selangor iaitu Gombak, Ampang, Pandan, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Kuala Selangor dan Tanjong Karang.

Peguam yang mewakili plaintif, Kamarudin Ahmad selepas memfailkan tuntutan itu berkata manifesto itu menjanjikan untuk memberikan RM50 sebulan kepada kanak-kanak prasekolah di Selangor, namun ia gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini. - BERNAMA

Sunday, December 23, 2012

Peserta perkhemahan dihalang guna masjid untuk solat Asar


dihalang dari menggunakan masjid kajang untuk solat Asar
Peserta perkhemahan ‘Solidariti Umar Mohamad’ di depan Penjara Kajang yang berkhemah depan pintu penjara sejak malam tadi, dihalang dari menggunakan masjid untuk solat Asar.
Seorang pegawai Unit Keselamatan Penjara (UKP) berpangkat Koperal dengan tanda nama ‘Roslan’ memaklumkan, larangan itu dibuat terhadap mereka yang berkhemah.
Wartawan Keadilan Daily danHarakah Daily yang berada di lokasi untuk membuat liputan turut dihalang bersolat Asar di masjid itu.
“Ini arahan orang atasan,” kata pegawai yang tidak menyatakan rasional arahan itu.
Diasak soalan, Roslan kemudia mendapatkan bantuan pegawai atasan yang hanya mahu dikenali dengan nama ‘Kamil’.

Friday, December 7, 2012

Gambar Bumi pada waktu malam


Gambar Bumi pada waktu malam
PENTADBIRAN Aeronautik Dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin menyiarkan imej waktu malam di benua Asia dan Australia.
SAN FRANCISCO - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pernah menyiarkan gambar Bumi pada tahun 1968.
Gambar tersebut dirakamkan dari kapal angkasa Apollo 8 milik Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, kelmarin, NASA mendedahkan Bumi pada waktu malam.
Gambar tanpa awan yang amat jelas itu dirakamkan lensa infra merah dan beresolusi tinggi menerusi satelit Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) milik NASA.

Friday, September 14, 2012

Pakatan Rakyat tubuh Pasukan Khas Pendidikan kaji masalah pendidikan negara


KUALA LUMPUR, 14 SEPTEMBER: Pakatan Rakyat hari ini melancarkan penubuhan Pasukan Khas Pendidikan Pakatan Rakyat (PET) untuk mengkaji dan memberi respon kepada Pelan Tindakan Pendidikan Baru Kerajaan 2013-2025 yang masih memperlihatkan banyak kelompongan.

Pakatan Rakyat tubuh Pasukan Khas Pendidikan kaji masalah pendidikan negara
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pihak kementerian perlu memberi akses kepada umum untuk meneliti kesemua laporan yang dikeluarkan oleh empat badan penyelidikan iaitu Laporan UNESCO, Laporan Bank Dunia, laporan panel Independent Malaysia Review dan laporan panel International Review.

“Dari situ kita akan tahu keseluruhan maklumat dan bukan hanya sekadar laporan yang terpilih,” kata Tony mengulas tindakan kerajaan yang tidak mendedahkan laporan tersebut secara keseluruhan.

Dalam perkara berkaitan, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar berkata,   pelan tindakan pendidikan kerajaan masih tidak memperlihatkan situasi pendidikan negara yang sebenar, dan memerlukan perbincangan mendalam mengenai masalah-masalah yang dihadapi.

Sunday, June 24, 2012

Pelajar ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik

JOHOR BAHRU – Seramai 4,430 pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Wednesday, June 20, 2012

Aung San Suu Kyi finally receives Oxford honorary doctorate

Myanmar opposition leader Aung San Suu Kyi, poses for the photographers following an award ceremony at the Oxford University, Oxford, England, on Wednesday, June 20, 2012. It was a long wait, but Ms Aung San Suu Kyi has finally received her honorary degree from Oxford University. -- PHOTO: AP
OXFORD, United Kingdom (AFP) - Ms Aung San Suu Kyi said she was deeply moved on Wednesday as she was honoured by Oxford University, in the city where she studied and brought up the family she would later leave behind.

Saturday, June 9, 2012

Lim tuntut menteri minta maaf isu beku pinjaman PTPTN

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata menteri kabinet yang menyokong tindakan membeku pinjaman siswa di universiti bawah kerajaan Selangor sepatutnya mengambil iktibar daripada buku panduan moral 1Malaysia yang baru dilancarkan kerajaan.

"Sanggupkah timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri pengajian tinggi Datuk Seri Khaled Nordin memohon maaf atas taktik membuli dan pecah amanah sepertimana yang dilihat dalam pembekuan pinjaman PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel dan Kuis yang amat kejam?," soalnya.

Friday, June 8, 2012

Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled (kiri) dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

Beku PTPTN: Unisel cair aset bantu pelajar terbabit

Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar baru Universiti Selangor (Unisel) yang menurutnya teraniayai ekoran tindakan kerajaan persekutuan dan menteri pengajian tinggi membekukan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar di universiti tersebut.

"Sebagai tindakan jangka pendek, UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. 

"Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang TALAM," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan petang ini.

Sunday, May 27, 2012

Seks dari pandangan Islam

"Di antara kamu akulah yang paling takut kepada Allah, tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku salat dan tidur, dan aku beristeri. Orang yang menafikan sunnahku itu bukanlah daripada golonganku." - Maksud hadis riwayat Bukhari dan periwayat yang lain.
PERIHAL mengawal hubungan seks sering diperingatkan dalam al-Quran. Allah swt telah membinasakan umat Nabi Lut as kerana tabiat seks sumbang. Namun, Nabi Muhammad saw mengingatkan kaum lelaki agar beristeri demi menikmati seks halal. Orang yang hidup tanpa isteri dianggap tidak menurut sunnah (ajaran) Nabi saw.
Mengapakah Islam menyuruh hubungan seks secara terkawal iaitu menerusi pernikahan? Hari ini pula, terbit penyakit Aids (sindrom kurang daya melawan penyakit) yang disebarkan menerusi hubungan seks, pemindahan darah dan penggunaan suntikan. Tentulah ada hikmah di sebalik wujudnya Aids - sebagai suatu peringatan kepada kita agar betul-betul waspada akan zina atau pelacuran dan penagihan dadah.

Saturday, April 21, 2012

PM: Pembangkang undi PTPTN di parlimen


Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat supaya terus menyokong kerajaan BN bagi memastikan visi menjadikan Malaysia negara maju dapat dicapai sepenuhnya.

Perdana Menteri berkata negara memerlukan kepimpinan kuat dan berkebolehan bagi merealisasikan aspirasi Malaysia menjadi negara berstatus maju serta berpendapatan tinggi.

"Pembangkang boleh menawarkan anda matahari, bulan malah galaksi tetapi ini seolah mencabar kebijaksanaan anda.

"Tetapi saya pasti, sekarang anda dapat membezakan perkara yang baik untuk negara dan apa yang boleh dicapai oleh negara," katanya ketika berucap pada majlis Perdana Menteri Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di Sandarakan, Jumaat malam.

Thursday, April 19, 2012

Tiket kapal Titanic dilelong

NEW YORK - Firma Bonham di sini melelong sekeping tiket kapal penumpang Titanic yang karam pada 15 April 1912.
Lelongan itu dibuat kelmarin sempena ulang tahun ke-100 kapal Titanic karam di Lautan Atlantik selepas ia melanggar sebuah bongkah ais.
Tiket bersejarah itu dilelong pada harga AS$56,250 (RM172,237) termasuk harga premium yang dikenakan firma lelongan tersebut.

Tuesday, March 20, 2012

Singapore curriculum for international school in JB

 JOHOR BARU - The government will bring education with a Singapore touch by setting up an international school here.
Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said the Excelsior International School in Seri Alam, due to open in September next year, will 'infuse' the Singapore school curriculum and will also cater to the growing expatriate community.

Tuesday, February 21, 2012

Visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing dihenti


JOHOR BAHRU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara itu bagi membendung penyalahgunaan pas tersebut, demikian lapor beberapa media setempat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dipetik akhbar Utusan Malaysia semalam sebagai berkata pihaknya hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementeriannya.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu sudah dilakukan bersama Jabatan Imigresen dua bulan lalu, dan pemberian pas dihentikan kecuali mereka menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Malaysia.

Mereka yang dikesan terlibat dalam kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah kebanyakannya merupakan pelajar yang mengikuti program sementara dan pengajian bahasa di institut pengajian tinggi yang bukan di bawah kelolaan kementeriannya.

Posting Terkini