Pages

Sunday, April 3, 2011

Tips Penjagaan Rambut & Kulit Artis Malaysia

.
Cemburu betul aku nengok si polan tu...Cantik betullah. Kulit punyalah cerah, mulus macam kulit bayi..rambut pulak tok sah kata, lebat berkilau-kilau cantiknya. Agaknya apa yang dia pakai ek? Dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki, PERFECT sungguh!

Mesti ada antara kita terutamanya kaum wanita yang pernah berkata demikan tatkala melihat atau bertemu mana-mana artis wanitakan? Tak dinafikan bahawa kebanyakan mereka yang bergelar artis ni memang punya pakej lengkap sebagai seorang selebriti. Dengan muka cantik yang boleh market, susuk tubuh yang hampir sempurna ukurannya ditambah dengan solekan yang kene pada tempatnya. Artis memang jadi ikutan dan kegilaan sesetengah masyarakat kita terutama dari segi kecantikan dan gaya.


Agak-agaknya, apa rahsia di sebalik kecantikan rambut dan kulit yang dimiliki oleh artis-artis yang menjadi ikon masyarakat ni ya? Kita mulakan dengan penyanyi paling popular yang menjadi pujaan dan  kesayangan ramai. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Kecantikan wanita yang satu ini memang tak dapat dinafikan lagi. Kulitnya memang mulus, cerah dan tiada cela! Difahamkan Siti punya cara tersendiri untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus.

Menggunakan tepung pulut yang dicampurkan dengan air lalu dijadikan masker pada muka sebelum tidur. Keesokan harinya barulah dibilas. Selain itu, Siti juga gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur turut  dijadikan masker selama lebih kurang setengah jam, kemudian dibilas. Hampas kelapa rupa-rupanya ada kegunaan buat isteri kesayangan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa a.k.a Datuk K ini. Hampas kelapa yang dicampur dengan air asam jawa juga boleh disapukan pada muka bagi mengembalikan kelembapan kulit wajah.

.Pelakon cantik penuh kontroversi Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha juga punya kulit yang cantik dan sekata. Rupa-rupanya pemilik salon Chinta ini seorang yang gemarkan makanan jepun yang ala-ala mentah. Katanya baik untuk dalaman dan juga mencantikkan kulit. Selain itu beliau turut makan sejenis ubatan yang dibeli daripada sebuah kedai tabib cina yang diberi nama royal jelly.

Rambut Fasha juga sering kelihatan cantik, lebat dan bersinar. Mesti ada rahsia disebaliknya. Memberitahu bahawa beliau akan mencuci rambut bersama syampu sekerap dua hari sekali dan adakalanya akan menggunakan munyak zaiton untuk disapukan pada rambut. Bau minyak zaiton mungkin kurang selesa, namun khasiatnya kepada rambut memang berkesan!

Fasha turut menambah bahawa ada kalanya dalam tempoh setahun dua kali beliau akan menggunakan santan basi untuk diperapkan ke rambut selama semalaman. Dipercayai ini dapat mengembalikan kekuatan, melebatkan dan memperbaiki akar rambut yang telah rosak.

.Seterusnya, kemulusan kulit pelakon seksi Zila Bakarin sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Bukan setakat kulit wajah, malahan kulit badannya juga turut bersinar, cerah, lembut dan gebu. Bertuah sungguh memiliki kulit secantik dan segebu Zila. Sebagi petua mendapatkan kulit yang licin, cantik dan mulus Zila menggunakan rawatan tradisional yang diwarisi daripada ibunya.

Beliau seringkali mandi bersama lulur susu, tepung beras dan juga santan kelapa. Ketiga-tiga bahan tersebut mampu melembutkan kulit, membuang daki-daki hitam di bahagian dan celah-celah badan yang tersembunyi di samping mencerahkan kulit secara semula jadi. Kadang kala Zila turut mencapurkan bahan–bahan tersebut bersama hirisan kunyit atau limau nipis kerana bahan tersebut juga mempunyai khasiat yang boleh digunapakai untuk menyegar dan mengembalikan keremajaan kulit.

Lama sungguh tak dengar cerita Datin Norjuma Habib Mohamad kan? Bekas pengacara Nona ini seakan menyepi diri selepas mendirikan rumah tangga. Mungkin mahu memberi sepenuh perhatian kepada dua permata hati dan suami tercinta Datuk Nazim Tun Abdul Razak.

Wanita yang selesa bertudung ini sememangnya seorang yang cantik dan bergaya. Katanya, beliau amat menitikberatkan pengambilan vitamin bagi memastikan luaran dan dalamannya sentiasa sihat dan cergas.
 

Dididik untuk sentiasa mengambil vitamin selepas bersarapan pagi semenjak zaman kanak-kanaknya lagi, Juma turut mengakui bahawa pengambilan air suam sekurang kurangnya dua liter sehari adalah amalan wajib baginya.  Baginya air suam sangat penting bagi menjamin badan sentiasa mempunyai kandungan air yang secukupnya dan kulit tidak menjadi kering akibat kekurangan sumber berkenaan.

.Akhir sekali, model dan pelakon cantik yang kini sudah bergelar ibu Yatt Hamzah juga punya cara tersendiri untuk memastikan mahkota wanitanya sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik. Menggunakan ulam pegaga, buah keras, buah mengkudu sebagai skrub pada rambut, Yatt memberitahu bahawa bahan-bahan ini mampu menjadikan rambut lebih lebat dan hitam bersinar. Selain itu, hirisan limau yang digunakan sebagai masker pada rambut juga boleh membuatkan rambut lebih berkilau dan berbau harum.

Nampaknya artis-artis yang penulis senaraikan dia atas ni lebih selesa untuk menggunakan cara tradisional dan semulajadi bagi memastikan kelangsungan kecantikan rambut dan kulit mereka. Sebetulnya inilah cara yang lebih baik dan selamat! Bukan apa, ada sesetengah artis yang  memilih  untuk ambil jalan singkat menggunakan botok atau suntikan bahan kimia yang dibimbangi mendatangkan kemudaratan kemudian hari!

Insan yang hatinya memang bersih dan suci memang tak payah nak gunapakai pelbagai barang-barang penjagaan kulit yang mahal-mahal dan tak menentu ni. Kan ke kesempurnaan luaran tu datang daripada dalamnya terlebih dahulu!

No comments:

Posting Terkini