Pages

Wednesday, August 27, 2014

PAS Selangor yakin pimpinan PR mampu duduk semeja

PETALING JAYA: PAS Selangor yakin dengan pengalaman serta jiwa besar pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang akan membolehkan mereka duduk semeja dan bersepakat bagi menyenaraikan nama-nama calon Menteri Besar secara bersama, kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Abdul Talib.
Menurutnya, diharapkan kemelut ini dapat segera sampai kepenghujungnya supaya harapan rakyat kepada PR untuk memimpin negeri tercinta dan seterusnya negara berdaulat terus bersinar terang.
“PAS Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor agar setiap parti dalam Pakatan Rakyat menamakan lebih dari dua namauntuk dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.
“Juga dengan perkenan Tuanku agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meneruskan urus tadbir kerajaan negeri Selangor sehingga Menteri Besar yang baharu dilantik,” katanya melalui status Facebook.
Jelasnya, titah Sultan Selangor itu mengambarkan bahawa kemelut Menteri Besar Selangor sudah sampai ke episod penyudah yang bakal mengembirakan semua pihak khususnya seluruh rakyat Selangor dan rakyat Malaysia amnya.

Manakala Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat melalui status Facebook milik beliau mencadangkan agar rakan sejawatnya iaitu Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad diangkat sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor.
“Beliau adalah tokoh muda yang mempunyai daya kepimpinan tersendiri serta mampu menarik sokongan anak muda Malaysia.
“Beliau pernah menjadi setiausaha politik Menteri Besar Selangor dan mempunyai pendedahan pentadbiran negeri yang baik. PR harus berani mengemukakan calon muda seperti Nik Nazmi,” katanya.

No comments:

Posting Terkini