Pages

Thursday, October 23, 2008

Kes Kampung Plentong, Johor: Akta ISA digunakan lagi

Sekali lagi, Akta kejam, ISA disalahgunakan. Kali ini, mangsanya ialah aktivis hak asasi, Cheng Lee Whee ditahan malam tadi di Johor Bahru.

Cheng, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.

Menurut laporan media, berkemungkinan Cheng ditahan akibat laporan mengenai perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Seorang penyelaras Suaram Johor berkata Cheng dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepa melaporkan diri di Balai Polis Seri Alam.

Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya.

Nyam berkata, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan.

SK

No comments:

Posting Terkini