Pages

Tuesday, March 10, 2009

Bajet Mini sedang diumum, sedia dana RM60 bilion

KUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sedang membentangkan pakej rangsangan kedua atau bajet mini bernilai RM60 bilion di Parlimen.

Jumlah itu enam kali ganda berbanding dana RM10 bilion diumumkan Khamis lalu.

Daripada jumlah itu, kerajaan membahagikan dana tersebut mengiktu empat reras berikut:

- Teras Pertama: RM2 bilion

- Teras Kedua: RM10 bilion

- Teras Ketiga: RM29 bilion

- Teras Keempat:RM19 bilion

Najib berkata, daripada suntikan fiskal sebanyak RM15 bilion, sejumlah RM10 bilion adalah bagi tahun 2009 dan RM5 bilion bagi tahun depan.

Jumlah RM10 bilion dalam tahun ini dibahagikan kepada RM5 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Jelas beliau, saiz perbelanjaan ini sudah tentunya akan meningkatkan defisit Bajet Kerajaan Persekutuan, yang dianggarkan daripada 4.8 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun ini.

"Kerajaan yakin dasar fiskal negara mempunyai fleksibiliti dan keupayaan untuk menampung defisit yang lebih tinggi.

"Keupayaan kerajaan untuk memastikan kedudukan fiskal mapan jelas terlihat daripada kejayaan kita mengurangkan defisit daripada 5.3 peratus pada tahun 2002 kepada 3.2 peratus pada tahun 2007.

"Malahan, semasa negara , mengalami penguncupan pertumbuhan ekonomi dalam tahun 1982, kita telah mengalami defisit 16.6 peratus, berikutan dasar fiskal mengembang, terutamanya untuk membina infrastruktur negara," kata beliau ketika membentangkan di Parlimen.

1 comment:

Dr. H. H said...

Tertanya-tanya juga saya dari manakah datangnya RM60 bilion ini? Kecuali Bon Simpanan Kerajaan berasaskan syariah berjumlah RM5 bilion akan diterbitkan. Sekurang-kurangnya semasa Pakej Rangsangan Ekonomi pertama yang diumumkan sebanyak RM7 bilion itu, ada juga disebutkan wang itu adalah dari penjimatan subsidi minyak ekoran dari penurunan harga minyak dunia.

Posting Terkini