Pages

Friday, April 19, 2013

355 borang penamaan calon di Kedah terjual

Sebanyak 355 set borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) telah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Kedah sehingga semalam.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Juhari Abd Rahman berkata borang itu akan terus dijual selagi ada permintaan sehingga sebelum penamaan calon pagi esok.

Katanya SPR Kedah kini telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi PRU13 bermula dengan penamaan calon esok, diikuti kempen selama 15 hari dan hari pengundian pada 5 Mei.

"Taklimat kepada pegawai bertugas telah disampaikan dan semua pegawai sudah bersedia di kawasan masing-masing. Harap esok tak ada apa-apa berlaku," katanya pada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU kali ini SPR menyediakan 633 tempat mengundi yang melibatkan 588 sekolah, 15 tadika, sembilan dewan dan 21 bangunan.

Berdasarkan daftar pemilih induk terkini, Kedah mempunyai 1,041,068 pengundi dengan pengundi Melayu 76.18 peratus, Cina 15.52 peratus dan India 6.79 peratus.

- Bernama

No comments:

Posting Terkini