Pages

Monday, September 5, 2011

Lebih 2.3j pekerja asing, pati daftar Program 6P


PUTRAJAYA 5 Sept — Seramai 2,320,034 orang pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (pati) telah mendaftar untuk Program 6P setelah berakhirnya proses pendaftaran melalui sistem biometrik pada 31 Ogos lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah itu meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 pati.

"Ini menunjukkan satu angka dan jumlah yang begitu besar.Jumlah ini tidak termasuk yang enggan mendaftarkan diri, tidak termasuk pembantu rumah, tidak termasuk pelarian dan di Sabah dan Sarawak.


"Kalau kita tidak ambil tindakan, kita tidak lalui proses 6P, maka masalah ini akan lebih berat pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, rakyat dari beberapa negara didapati lebih ramai menjadi pati berbanding pekerja yang sah terutamanya Indonesia iaitu jumlah pati seramai 640,609 berbanding pekerja sah seramai 405,312 diikuti Bangladesh 267,803 pati dan hanya 132,897 pekerja sah.

Bagaimanapun, jumlah pekerja sah dari Nepal lebih tinggi iaitu sebanyak 221,617 berbanding seramai 33,437 pati, kata beliau. — Bernama

No comments:

Posting Terkini