Friday, August 26, 2011
Mayat doktor tanpa kepala ditemui atas kerusi
KUANTAN: Mayat seorang doktor ditemui dalam keadaan ngeri dengan kepalanya putus, dipercayai dipenggal dengan parang di dusun buahbuahan miliknya, malam Selasa lalu.
Dalam kejadian di sebuah kebun di Kampung Sertik, Bentong, sekitar 8 malam itu, Dr Harjit Singh, 61 tahun, dikatakan sedang berehat di anjung rumahnya di kawasan kebun kira-kira 50 meter dari jalan di Kampung Sertik.
Mangsa dikunjungi lelaki warga Pakistan berusia 31 tahun itu, yang bekerja menjaga kebun miliknya berbincang sesuatu.
Namun, berlaku pertengkaran antara mereka.
Suspek yang dipercayai berang berikutan pertengkaran itu melibaskan parang dan mengenai leher Dr Singh, menyebabkan kepala doktor itu putus dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Encik T. Narenasegaran, berkata polis yang menerima laporan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa di atas kerusi di anjung rumahnya.
Beliau berkata, lelaki warga asing itu ditahan idak jauh dari lokasi pembunuhan bagi membantu siasatan.'Suspek yang berusia 31 tahun ditahan di tepi jalan dalam keadaan kebingungan.
'Hasil siasatan awal mendapati suspek sudah tiga tahun bekerja sebagai penjaga dusun mangsa dan polis sedang menyiasat motif pembunuhan,' katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian polis juga menemui sebilah parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan.
Sementara itu, Mahkamah Majistret Bentong kelmarin mengeluarkan perintah reman sehingga 29 Ogos ini terhadap suspek. -- Harian Metro, BHM.
Labels:
Berita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment