Friday, August 26, 2011
Sekilas Berita Dunia
26 pelombong masih terperangkap
BEIJING: Seramai 26 orang pekerja lombong terperangkap sejak dua hari lalu dalam sebuah lombong arang batu di timur laut China.
Akhbar tempatan berkata pasukan penyelamat semalam cuba mengepam air keluar daripada lombong dekat Qitaihe, di wilayah Heilongjiang.
Seramai 19 pekerja lombong berjaya menyelamatkan diri ke permukaan. -- AP.
Ganti rugi jika ditunda lebih 4 jam
JAKARTA: Mulai November, para penumpang pesawat syarikat penerbangan yang mengalami masalah penundaan masa penerbangan melebihi empat jam berhak mendapat ganti rugi wang tunai 300,000 rupiah ($42) setiap seorang daripada syarikat terbabit.
Perkara ini terkandung dalam Peraturan Menteri Perhubungan, yang baru ditandatangani Menteri Perhubungan, Encik Freddy Numberi, pada 8 Ogos lalu, lapor akhbar harian Kompas semalam.
Sebelum ini, syarikat penerbangan hanya dikehendaki memberi minuman dan makanan ringan serta makan tengah hari atau makan malam kepada para penumpangnya jika masa penerbangan ditunda lebih tiga jam. -- Bernama.
Gempa kuat gegarkan timur PeruLIMA: Gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter menggegarkan timur Peru semalam, dengan gegaran dapat dirasakan 480 kilometer dari bandar Lima serta negara jiran, Ecuador dan Brazil.
Ahli Seismologi dari Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata pusat gempa bumi di 80 kilometer dari selatan Pucallpa, sebuah bandar terpencil pemisah antara pergunungan Andes dan hutan Amazon dengan kedalaman 145 kilometer dari aras bawah tanah.
Belum ada laporan kerosakan atau kecederaan direkodkan. -- AFP.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment