Bukan sahaja Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga patut meletakkan jawatan atas dakwaan kegagalan besar menguruskan parti, kata bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.
Datuk Seri Mohd Fairus Khairuddin (bawah) dilaporkan berkata Anwar dan pimpinan PKR lain perlu mengambil langkah itu kerana apa yang berlaku dalam parti jauh lebih memalukan berbanding pentadbiran negeri.
Bekas wakil rakyat PKR itu merujuk kepada pemilihan langsung parti itu yang masih berlangsung dan mencetuskan pelbagai kontroversi.
“Malah perlu diingat Anwar bukan saya ketua umum PKR tetapi juga penasihat ekonomi Selangor. Kalau Khalid didesak letak jawatan kerana gagal bagaimana pula dengan Anwar?
“Perlu juga diingat bahawa keadaan lintang pukang, huru hara dalam pemilihan parti ini bukan sahaja baharu berlaku kali ini tapi sejak pemilihan lalu lagi.
“Malangnya kali ini lebih teruk dan memalukan hingga tahap ahli mengheret parti ke mahkamah. Siapa yang patut ambil tanggungjawab ini,” soalnya lagi seperti dilaporkan UMNO-Online.
Fairus juga melihat desakan Khalid meletakkan jawatan sebagai melucukan kerana Anwar tidak pula dihukum.
Fairus seterusnya menambah soal pertukaran menteri besar Selangor akan terus menjadi duri dalam daging berterusan untuk pembangkang kerana menurutnya masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri.
No comments:
Post a Comment