Pages

Thursday, March 31, 2011

Siasat dulu berita si fasik- Mufti Perlis


KUALA LUMPUR: Umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan sesuatu dakwaan terhadap seseorang individu, apatah lagi sekiranya berita itu disampaikan oleh golongan fasik, kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.
“Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu.
“Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang  kes kerana sudah hilang kredibeliti.” katanya

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong empat saksi yang adil kerana jenayah bagi kesalahan berzina amat berat.
“(Jadi), kalau ada tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat,” katanya.
Setakat ini, Dr Juanda adalah mufti terawal di Malaysia yang tampil menyatakan pendiriannya berhubung isu video seks palsu yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abd Wahid  dan Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad turut mengikut jejak langkah yang sama.

No comments:

Posting Terkini