Pages

Thursday, March 31, 2011

Penjenamaan semula Universiti Selaangor (Unisel)


Warta Kerajaan Rakyat - SHAH ALAM: Penjenamaan semula Universiti Selaangor (Unisel) bertujuan untuk mencapai taraf antarabangsa, bukan hanya setakat ‘universiti kampung untuk cari kerja’ sahaja, kata Exco Pendidikan Selangor, Halimah Ali.
Beliau berkata, ia bukan sekadar pertukaran nama sahaja tetapi untuk memastikan visi dan misinya yang jauh berbanding Unisel ketika dikuasai pimpinan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Katanya, universiti itu menjadi pemangkin kemajuan intelek, ekonomi, dan sosial yang bersifat madani, bukan terhad pada pembangunan industri semata-mata.

“Kita perlu melahirkan insan dinamik dan berjiwa besar. Penjenamaan semula perlu untuk menjana idea dan pembaharuan,” katanya ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Amiruddin Setro pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini
Menyatakan penjenamaan semula adalah usaha kerajaan Selangor dalam memastikan imej, reputasi dan peranan Unisel yang baru, difahami, beliau berkata, Unisel sudah diberi lesen untuk mengadakan kursus lebih serius seperti kejururawatan dan perubatan.

No comments:

Posting Terkini