Pages

Thursday, February 5, 2009

Kurangkan berpolitik, bantu rakyat

PETALING JAYA: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa semua pihak supaya mengurangkan amalan berpolitik keterlaluan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan ke atas usaha menangani masalah ekonomi.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, beliau merasakan bahawa pemimpin tidak wajar bermain politk "banyak sangat keranakehidupan rakyat terhimpit."

"Rakyat susah sangat sekarang. Kalau kitatidak beri suatu cadangan atau rancangan untuk menjaga kepentinganrakyat, untuk hendak hidup, saya rasa mereka akan terus rasa hampadengan kepimpinan yang ada.

"Nampaknya mereka asyik berpolitik taktumpu masa untuk jaga kebajikan rakyat itu sendiri.

"Cukuplah main politik," kata beliau dalam temu bual dengan saluran Astro Awani semalam.

Oleh itu katanya, semua pihak perlu menumpukan masa untuk membela kepentingan rakyat.

Beliau diminta mengulas perkembangan semasa yang tidak pernah reda panasnya sejak pilihan raya umum ke-12 yang kini hampiri genap setahun.

Perkembangan terbaru ialah senario politik di Perak, yang menyaksikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat tumbang dengan keluarnya tiga ADUN Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

ADUN Umno dari kerusi Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang keluar parti itu kembali ke Barisan Nasional semalam.

No comments:

Posting Terkini