Pages

Saturday, October 17, 2009

50 disyaki ahli Al-Qaeda ditahan

ANKARA: Polis Turkey kelmarin menahan sehingga 50 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Mereka dipercayai sedang merancang menyerang kepentingan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Amerika Syarikat dan Israel di Turkey.

Para suspek ditahan dalam serbuan pada awal pagi yang dijalankan di sembilan wilayah, termasuk di Istanbul dan bandar timur Vand Erzurum.

Sesekali hadiahkan pakaian tidur buat kekasih atau isteri.


Walaupun pegawai polis mengesahkan serbuan itu, mereka bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar mereka yang ditahan.

Enam daripada suspek yang ditahan di Istanbul telah dipenjara serta-merta memandangkan mereka telah pun didapati bersalah walaupun mereka tidak menghadiri perbicaraan dua tahun lalu kerana terlibat dalam empat pengeboman nekad di Istanbul pada 2003.

Suspek lain yang ditahan kelmarin dipercayai merupakan anggota kumpulan Kesatuan Jihad Islam, yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Ada di antara mereka dikatakan telah menerima latihan tentera di Afghanistan.

Mereka akan disoal siasat sebelum dihadapkan ke mahkamah kelak.

Bulan lalu, pemimpin kedua Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri, membidas Turkey kerana ia telah mengambil alih kepimpinan pasukan Nato di Kabul.

'Pasukan Turkey di Afghanistan akan mengetuai operasi serupa yang dijalankan oleh pasukan Yahudi di Palestin. Mana boleh rakyat Turkey menerima jenayah yang dilakukan ke atas agama Islam dan golongan Muslim?' kata Al-Zawahiri dalam satu rakaman audio yang disiarkan oleh saluran televisyen Al-Jazeera.

Pada 2003, anggota militan Al-Qaeda di Turkey didapati bertanggungjawab atas serangan bom trak ke atas dua saumaah, sebuah konsulat dan bank Britain, yang menyebabkan 63 orang terkorban, dan beratus lagi cedera.

Tujuh lelaki telah dipenjarakan seumur hidup pada 2007 selepas didapati bersalah mendalangi dan menyumbang dana bagi melancarkan serangan itu.

Agensi berita Anatolian melaporkan enam lagi suspek kini menghadapi tuduhan terlibat dalam serangan pengganas 2003 itu. -- Reuters, AFP.

No comments:

Posting Terkini