Pages

Saturday, October 17, 2009

Pakej bantuan AS$7.5b bagi Pakistan

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, telah menandatangani satu rang undang-undang pakej bantuan selama lima tahun bernilai AS$7.5 bilion ($10.4 bilion) untuk Pakistan.

Bantuan itu bertujuan membantu negara itu membina jalan raya, sekolah, prasarana elektrik dan projek-projek awam lain.

'Rang undang-undang ini merupakan manifestasi jelas bagi menunjukkan sokongan Amerika Syarikat kepada Pakistan,' kata Setiausaha Media Rumah Putih, Encik Robert Gibbs, dalam satu kenyataanya.

Salah satu cara untuk terus memikat hati isteri ialah dengan menghadiahkan pakaian dalam untuknya sebagai hadiah mengejut. Ramai suami hanya meminati tubuh isteri tetapi tidak mengambil tahu size pakaian dalamnya. Sebagai langkah pertama mari kita belajar apakah funsi coli atau bra. Baca di sini


Bantuan itu diharap dapat membantu pemerintah Pakistan, yang merupakan sekutu penting Amerika, dalam usahanya menangani kumpulan pengganas di sempadan antara Pakistan dengan Afghanistan.

Tentera Pakistan sebelum ini berkata ia sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas kumpulan Taleban di wilayah pergunungan Waziristan.

Di bawah pakej bantuan itu, AS$1.5 bilion akan diperuntukkan setiap tahun bagi tempoh lima tahun mendatang.

Ia antara lain bakal digunakan untuk memperbaiki sekolah dan menampung usaha badan-badan bagi mempertahankan hak wanita dan kanak-kanak.

Ia juga akan digunakan bagi memodenkan pasukan polis Pakistan dan memberi sokongan kepada masyarakat dan meningkatkan pengetahuan para pengundi selain memperbaiki fungsi Parlimen.

Rang undang-undang itu bagaimanapun menetapkan bahawa bantuan keselamatan kepada Pakistan akan dikurangkan jika ia gagal menangani masalah kumpulan pengganas.

Encik Obama menandatangani rang undang-undang itu beberapa jam selepas anggota kumpulan militan melancarkan serangan serentak ke atas pasukan polis Pakistan, yang menyebabkan 40 orang terkorban kelmarin.

Semalam, satu bom kereta meletup di sebuah bangunan polis di bandar Peshawar, menyebabkan sehingga 11 orang terbunuh.

Serangan itu menunjukkan anggota kumpulan pengganas mempunyai keupayaan untuk melancarkan serangan di bandar utama Pakistan.

Sejak 5 Oktober lalu, lebih 160 orang telah terkorban dalam beberapa serangan pengganas di Pakistan.

Timbalan jurucakap Rumah Putih, Encik Bill Burton, berkata Encik Obama 'sentiasa prihatin apabila nyawa orang awam yang tidak bersalah terkorban'.

'Ini sekali lagi menunjukkan bahawa anggota kumpulan militan di Pakistan merupakan ancaman kepada Pakistan dan juga Amerika Syarikat,' katanya. -- Bloomberg, AFP.

No comments:

Posting Terkini