Oleh Rahmah Ghazali
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan tiada lagi pembinaan tempat atau rumah ibadat bukan Islam berdekatan kawasan-kawasan perumahan di negeri itu bagi mengelak kemungkinan berlakunya ketegangan kaum.
Keputusan ini dicapai pada ketika timbul kontroversi kuil Hindu ditempatkan semula di kawasan majoriti orang-orang Islam di Seksyen 23, Shah Alam hingga mencetuskan protes secara ofensif kepala lembu lebih setahun yang lalu.
Menurut Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim, kebanyakan pembeli rumah tidak dapat menjangka bahawa terdapat rumah ibadat bukan Islam di kawasan mereka, walaupun telah diberitahu sebaliknya dalam perjanjian dengan para pemaju.
"Kebanyakan pembeli rumah terperanjat tentang hal ini tapi mereka sedikit pun tidak tahu bahawa para pemaju tahu tentang perkara ini," kata Khalid pada sidang Dewan Undangan Negeri, sebagai menjawab soalan Ismail Sani (BN-Dusun Tua) hari ini.
Bagaimanapun, Khalid menegaskan bahawa pembinaan tempat-tempat ibadatbukan Islam tidak harus menjadi isu lagi, memandangkan penempatan semula kuil Sri Mahamriamman yang berusia 150 tahun berjaya dipindahkan ke Seksyen 23.
"Sebagai contoh, kami telah menempatkan semula kuil itu ke tempat yang lebih sesuai…..terdapat 20 lagi kes yang sama dalam negeri ini yang akan diselesaikan," tambah beliau.
Walaupun peringkat kemajuan pembinaan kuil tersebut tidak diketahui, bagaimanapun, adalah difahamkan bahawa kerajaan negeri akan meneruskan dengan usaha penempatan semula kuil di Seksyen 23 ke tempat perindustrian yang lebih jauh dari kawasan perumahan.
Protes hangat dan kritikan
Pada September tahun lalu, keputusan kerajaan Selangor untuk memindah kuil itu menerima protes hangat dan kritikan daripada penduduk Islam dari Seksyen 23, yang mahu kuil itu dibina ditempat cadangan asal di Seksyen 22.
Ini menyebabkan menteri besar membatalkan projek itu selepas persetujuan dicapai ketika mesyuarat di dewan bandaraya, hingga mencetuskan perang mulut di antara kerajaan negeri dan para penduduk.
Namun demikian Khalid dikritik hebat oleh para pembangkang (Barisan Nasional) yang mendakwa perkara ini belum selesai lagi.
Menurut Ismail, para penduduk majoriti Muslim di Taman Lagenda Suria di Hulu Langat meluahkan rasa bimbang mengenai cadangan pembinaan kuil Hindu 20 meter dari rumah mereka.
Kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional yang meluluskan tapak ini pada 2001. Kelihatan seolah-oleh keputusan yang dibuat adalah betul kerana tidak ada pembangunan atau projek perumahan di kawasan itu pada ketika itu.
"Tapi sekarang, setelah semuanya telah dibangunkan, mereka memutuskan untuk membina kuil di kawasan itu. Kenapa tidak mereka bina ketika kawasan itu masih kosong?" soalnya.
Beliau berkata terdapat bangkangan kuat daripada para penduduk, yang mendesak kerajaan negeri menangguhkan permohonan untuk memelihara keamanan dan keharmonian di kawasan itu.
"Kami harap kerajaan negeri boleh menimbang permohonan ini untuk mengelak berlaku lagi ketegangan kaum," tambahnya.
No comments:
Post a Comment