Pages

Sunday, September 27, 2009

Tidak Ada Sebab Untuk Halang Beyonce Adakan Persembahan

KUALA KLAWANG, 27 Sept -- Tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.

"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat lapisan bangsa di sini Sabtu.

Dr. Mashitah Ibrahim, Dato' Mufti Perak, di mana kalian? Mana suara dan pandangan Islamik kalian? Apakah pandangan Islam kalian hanya digunakan untuk tujuan dan muslihat politik jahat UMNO semata-mata? Jika itulah niat dan perjuangan kalian, maka mohon saya,

Ya ALLAH Ya Rabb, dengan kebesaran dan kekuasaan Mu ke atas kami, Engkau laknatilah pemimpin UMNO yang dengan nyata, angkuh dan sombong telah mempersendakan Agama Mu ya ALLAH. Ameen ya Rabb.



Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan Beyonce pada 25 Okt depan meskipun banyak pihak yang menentang dengan alasan ia menjatuhkan moral remaja negara ini.

Sementara itu ketika menyentuh majlisnya hari ini beliau memberitahu, satu majlis yang lebih besar akan dianjurkan bersama kementeriannya dengan kerajaan negeri Perak pada 18 Okt depan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan ucapan penting pada majlis itu yang juga menjadi lambang 1Malaysia," katanya.

Beliau berharap lebih banyak majlis yang mampu memupuk semangat persaudaraan di kalangan kaum di Malaysia dapat dianjurkan di kawasan luar bandar.

"Ini adalah cermin perpaduan rakyat, jadi kementerian ingin meneruskan tradisi menggunakan jasa baik org ramai menerusi majlis-majlis rumah terbuka untuk perpaduan dan mengeratkan siratul rahim," katanya.

Katanya, dalam erti kata lain, majlis Aidilfitri seperti hari ini merupakan hari perpaduan dan penerimaan Satu Malaysia sebagai amalan sebenar.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini