Pages

Saturday, October 17, 2009

Sekilas Dunia

PBB pertahan laporan jenayah perang di Gaza

GENEVA: Pegawai tertinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin terus mempertahankan laporan tuduhan jenayah perang ke atas tentera Israel dan pejuang Palestin ketika perang di Gaza yang lalu.

Encik Navi Pallay memberi sokongan ke atas laporan yang dikemukakan oleh sekumpulan pakar yang diketuai Hakim Richard Goldstone apabila Israel memberi amaran akan menjejaskan usaha pelan damai di Timur Tengah jika Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) meluluskan laporan tersebut.

Encik Pillay memberitahu 47 ahli majlis PBB yang beliau telah menyokong laporan tersebut. -- AP.

Hadiah Untuk Isteri

Salah satu cara untuk terus memikat hati isteri ialah dengan menghadiahkan pakaian dalam untuknya sebagai hadiah mengejut. Ramai suami hanya meminati tubuh isteri tetapi tidak mengambil tahu size pakaian dalamnya. Sebagai langkah pertama mari kita belajar apakah funsi coli atau bra. Baca di sini

Saudi timbang beri insentif kepada kadi

JEDDAH: Kementerian Kehakiman Arab Saudi akan mengkaji rancangan untuk memberi insentif kepada kadi di negara itu.

Pengarah Pentadbiran Am bagi Juru nikah, Sheikh Muhammad Bin Abdul Rahman Al-Babtain, berkata selama ini, kadi hanya diberi lesen untuk melakukan tugas itu semata-mata kerana Allah.

Langkah itu dibuat berikutan peranan juru nikah semakin mendapat perhatian, termasuk tuduhan menerima wang dalam jumlah yang banyak dan tindakan melangsungkan perkahwinan yang membabitkan kanak-kanak. -- Agensi.

Pencuri anak-beranak ditangkap

CARTERSVILLE (Alabama): Pasangan pencuri yang terdiri daripada seorang bapa dan anak yang mabuk ditahan selepas anaknya tertidur di bawah katil pemilik rumah yang mereka cerobohi.

Lelaki itu berusia 37 tahun dan anaknya, 19 tahun.

Si bapa berjaya melarikan diri apabila tuan rumah terjaga.

Bagaimanapun, pemuda itu bersembunyi di bawah katil tuan rumah dan ditemui tertidur tidak lama kemudian. -- AP.

No comments:

Posting Terkini