Pages

Saturday, October 17, 2009

Sekilas Malaysia

Buku ucapan Najib laris

KUALA LUMPUR: Buku dwibahasa Menakhoda Zaman yang mengandungi himpunan ucapan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mendapat sambutan memberangsangkan di gerai Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Eksekutif Pemasaran ITNM, Cik Nor Azanizan Anawar, semalam berkata walaupun 3,000 naskhah telah diedarkan secara percuma kepada para perwakilan Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2009 di sini, masih ramai yang turut membelinya di gerai institut itu. -- Bernama.

Hadiah Untuk Isteri

Salah satu cara untuk terus memikat hati isteri ialah dengan menghadiahkan pakaian dalam untuknya sebagai hadiah mengejut. Ramai suami hanya meminati tubuh isteri tetapi tidak mengambil tahu size pakaian dalamnya. Sebagai langkah pertama mari kita belajar apakah funsi coli atau bra. Baca di sini

Dua mesyuarat MCA serentak

KUALA LUMPUR: Perhimpunan agung luar biasa (EGM) dan perhimpunan agung tahunan (AGM) Persatuan Cina Malaysia (MCA) akan diadakan serentak pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Semalam, Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng, berkata beliau perlu terlebih dahulu membincangkannya dengan biro perundangan parti itu untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi mesyuarat berkenaan. -- NST.

1M'sia: 50,000 dijangka hadir

IPOH: Lebih 50,000 rakyat berbilang kaum dan agama dijangka memenuhi Stadium Perak di sini esok bagi pelancaran program 1Malaysia Bersama Rakyat Negeri Perak oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain persembahan nyanyian dan kesenian, program yang akan dilancarkan pada 8.30 malam itu juga dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan gerai jualan. -- Bernama.

No comments:

Posting Terkini