Pages

Wednesday, March 3, 2010

Bekas CEO Nascom dihukum penjara dan sebat

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Komputer Nasional Bhd (Nascom), Zulkifli Amin Mamat, dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM1.61 juta lapan tahun lepas.

Hakim Hasbi Hasan menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Zulkifli, 48, bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk agar pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan. - Bernama


No comments:

Posting Terkini