Pages

Wednesday, March 3, 2010

Bandar Warisan Selangor Bakal Pacu Ekonomi Negeri

SHAH ALAM 2 MAC: Kerajaan Selangor menyambut baik kerjasama yang ditawarkan oleh syarikat pembangunan terkemuka negara, Sime Darby untuk membangunkan infrstuktur negeri ini ke tahap maksimum.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pihaknya percaya pelaburan jangka panjang ini akan memberikan pulangan memberangsangkan apabila ia mencapai tempoh matang kelak.

Beliau berkata demikian ketika merumuskan pembentangan cadangan Bandar Warisan Selangor di SACC Convention Center, Shah Alam pagi tadi.

Bandar Wawasan Selangor melibatkan pembangunan di kawasan Bukit Jelutong, Elmina, Kota Elmina dan Lagong yang dijangka menelan belanja kira- kira RM10 bilion.

Mengikut pelan pembangunan yang dibentangkan, Lagong akan dibangunkan sebagai kawasan industri bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kerana kedudukan bersebelahan dengan lebuh raya dan dilengkapi laluan kereta api serta dianggarkan menyediakan 33'000 peluang pekerjaan.

Kota Elmina pula akan dibangunkan sebagai kawasan industri berteknologi tinggi dan pusat perdagangan antarabangsa dengan menyediakan 56'000 peluang pekerjaan. Manakala Elmina bakal dibangunkan sebagai pusat kesihatan berkonsepkan hijau.

Khalid turut menyarankan, pelan pembangunan infrastuktur negeri ini seharusnya bersifat mesra rakyat supaya manfaatnya dapat disalur ke segenap lapisan masyarakat.

Beliau menambah, banyak isu yang perlu diberikan perhatian terutama hal yang berkaitan dengan pengangkutan awam.

Khalid menasihatkan pemaju supaya mengadakan perjumpaan dengan penduduk dari 8 buah kampung yang terbabit secara langsung dalam projek.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya jangan tergesa- gesa menjual tanah mereka kepada pihak yang tidak dikenali dan tidak telus.

Khalid menambah, kerajaan negeri perlu membuat kajian terpeinci kerana ia membabitkan banyak banyak pihak selain pelan pembangunan itu turut membabitkan tanah rezab Melayu.

Beliau juga berkata matlamat pembangunan negeri ini perlu melebihi pencapaian kerajaan negeri terdahulu dan mampu menjadi pemacu ekonomi secara agresif dalam menjana pertumbuhan ekonomi.

No comments:

Posting Terkini