Pages

Saturday, July 17, 2010

Dah Setahun, Apa Yang Anjing BN Buat???

Punca kematian Beng Hock belum dikenalpasti selepas genap satu tahun!!!

Keadilan yang dilengahkan adalah keadilan yang dinafikan. Meskipun sudah genap setahun tragedi kematian Teoh Beng Hock berlaku, namun punca kematiannya masih belum dikenalpasti. Apa yang pasti, Teoh Beng Hock bukanlah mangsa terakhir yang mati dalam tahanan.

Ini kerana pada kira-kira jam 7 petang, 16 Julai 2009, seorang tahanan di lokap Balai Polis Sentul, R.Gunasegaran, mati secara mengejut. Dua kali mayat Gunasegaran dibedah siasat, tetapi meninggalkan misteri yang juga belum menemui jawapan. Namun, Gunasegaran dan Teoh Beng Hock sekadar nama-nama yang menyusul di bawah senarai yang membariskan A. Kugan (gambar kanan), Tharma Rajen, Ragupathy Muniandy, Ulaganathan Muniandy, Francis Udayappan, Vivashannu Pillai...

Menurut statistik yang tidak rasmi, Teoh Beng Hock adalah mangsa ke-1,805 yang mati dalam tahanan sejak tahun 2003. Perangkaan daripada Kementerian Dalam Negeri yang diumumkan pada 13 April 2010 dalam parlimen pula menunjukkan 66 kes kematian dalam tahanan polis, dari tahun 2005 hingga Februari 2010, dengan 19 kes membunuh diri atau mati kerana pergaduhan, 46 kes kematian dijangkit penyakit, dan hanya satu kes disebabkan keganasan polis.

Pada 28 Jun 2010, dalam satu jawapan bertulis daripada Menteri KDN Hishammudin Hussein, sejumlah 147 orang mati dalam tahanan antara tahun 2000 hingga 2009, sementara 279 orang suspek ditembak mati. Namun demikian, dalam satu wawancara BBC bersama Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB, El Hadji Malick Sow yang membuat kajian di lokap negara kita, beliau mendakwa lebih daripada 1,500 orang mati dalam tahanan di Malaysia antara tahun 2004 hingga 2007.

Persoalan yang belum terjawab

Sesungguhnya, ia bukan sekadar "angka" yang beku, malah lebih daripada "nama". Setiap kes kematian bererti hilangnya satu nyawa, yang semestinya tidak dapat dinilai dengan harga.

"(untuk) 2,400 ringgit...hilangnya nyawa seseorang. Boleh tak pulangkan anak saya? Perlukah siasat hingga anak saya mati? Adil untuk saya-kah?" Demikianlah luahan ibu mendiang Teoh Beng Hock di luar mahkamah, yang masih membawa gambar anaknya ketika menghadiri inkues.

Setahun telah berlalu, persoalan-persoalan yang berlegar tetap tidak terjawab.

Pertama, mengapa SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak menyiasat kes rasuah yang melibatkan jumlah angka yang lebih besar, membabitkan pemimpin BN, tetapi menumpu kepada ADUN Selangor Pakatan Rakyat?

Kedua, mengapa SPRM tergesa-gesa untuk menyiasat satu kes yang jumlahnya berada di bawah paras RM2500, yang membabitkan Teoh Beng Hock?

Ketiga, mengapa perlunya SPRM menahan Teoh Beng Hock dan seorang lagi "saksi" untuk disoal siasat sehingga tengah malam?

Keempat, adakah SPRM telah mencabul hak asasi mangsa dalam proses soal siasat ini?

Kelima, mengapa maklumat kematian Teoh Beng Hock dilewatkan pendedahannya, apakah ada sesuatu yang disembunyikan daripada orang umum?

Keenam, seandainya Teoh Beng Hock hanyalah saksi sebagaimana yang diperkatakan SPRM, mengapa pula telefon bimbit Teoh Beng Hock berada di tangan SPRM? Dan mengapa pula SPRM menafikan bahawa telefon bimbitnya ditahan?

Ketujuh, mengapa peguam Teoh Beng Hock tidak dibenarkan untuk bertemu atau menemaninya sepanjang proses soal siasat?

Kelapan, mengapa Teoh Beng Hock membunuh diri? Beliau telah bersedia untuk berkahwin, lebih-lebih lagi tunangnya sudah mengandung, dan beliau tidak mempunyai rekod sakit mental.

Kesan luka yang dipertikai

Demikianlah persoalan yang bermain dalam minda ramai, meskipun cuba dipadamkan dari ruang media. Inkues yang bertujuan untuk mencari jawapan, menemui lebih keraguan sebaliknya.

Pakar patologi terkemuka Thailand, Pornthip Rojanasunan datang dengan penemuannya yang menggemparkan, dengan andaian kemungkinan "80% dibunuh, 20% bunuh diri". Pakar yang terpilih sebagai orang yang paling dipercayai (mosttrustworthy individual) dalam Reader's Digest Trust Survey 2010, dituduh oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sebagai "penipu".

Penemuan Pornthip (gambar kiri, tengah) menolak kesimpulan kedua-dua orang pakar patologi tempatan, Khairul Azman dan Prashant Naresh Semberkar sebelum ini. Untuk Khairul dan Prashant, luka pada leher Teoh Beng Hock hanyalah kesan "tercalar", Pornthip pula mendakwa bahawa luka tersebut menyerupai luka "dicekik". Sebaliknya, pakar patologi UK, Peter Vanezis yang diupah SPRM pula tidak bersetuju bahawa luka itu berlaku sebelum Teoh Beng Hock jatuh dari bangunan, tetapi sebahagian daripada luka yang berlaku semasa mendiang terjatuh.

Bukan itu sahaja, Pornthip mendapati beberapa kesan luka pada bahagian punggung dan dubur, yang disyaki berlaku akibat penderaan. Namun demikian, andaian Pornthip disanggah oleh Prashant, yang mendakwa bahawa kecederaan itu berlaku akibat mendiang Teoh Beng Hock jatuh dari bangunan.

Apabila ditambah dengan hasil penemuan Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh, Shahidan Md Noor, senarionya menjadi 4-0, sebagaimana yang disifatkan Abdul Razak, peguam SPRM. Pornthip yang dikatakan berdepan dengan pelbagai rintangan, akhirnya bersetuju untuk datang ke Malaysia pada 18 Ogos 2010, untuk membentangkan hasil penemuannya.

Adakah kedatangan Pornthip bakal diiringi kebenaran? Ia menjadi satu-satunya harapan keluarga mendiang Teoh Beng Hock, sempena ulangtahun pertama beliau meninggal dunia.

Analisa olih: Ong Vic Kee, wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang dari teks asal.


2 comments:

azman kamarul said...

DAH TERLALU BANYAK MAKAN TAHI MEREKA DAH JADI PENING DAN MABUK....TIDAK BOLEH BUAT APA-APA LAGI.

azman kamarul said...

Anjing dah kenyang makan taik!

Posting Terkini