Api kelihatan marak dari dek kapal nelayan Taiwan 'Jiang Sheng No 18' yang terbakar 15 batu nautika dari perairan Port Dickson, pagi Khamis. Dalam kebakaran pukul 7.00 pagi itu, semua lapan anak kapal terselamat. Foto BERNAMA
PORT DICKSON: Sebuah kapal nelayan Taiwan 'Gian Seng 18' terbakar di perairan Port Dickson pagi Khamis, bagaimanapun kesemua lapan anak kapalnya berjaya diselamatkan.
Kejadian berlaku kira-kira 7 pagi, 15 batu nautika dari perairan Port Dickson ketika kapal itu sedang belayar dari Mauritius ke Singapura.
Kesemua lapan anak kapalnya iaitu dua warga Taiwan dan enam warga Filipina berumur 20-an dan 50-an telah diselamatkan oleh sebuah kapal persiaran 'Star Virgo' sebelum mereka dibawa ke Pelabuhan Klang, kata Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 5, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Maritim Ibrahim Mohamed.
Mereka kemudianya telah diserahkan kepada APMM Pelabuhan Klang.
Beliau berkata punca kebakaran masih belum dikenal pasti. Jabatan Laut telah diminta untuk memadam api di samping menarik kapal tersebut ke jeti penumpang Port Dickson.
Ibrahim berkata pihaknya telah menghubungi agen kapal tersebut di Singapura. - BERNAMA
Friday, July 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment