Pages

Friday, January 23, 2009

Najib: Belum ada keputusan LCCT baru di Labu

PETALING JAYA 23 Jan. - Kerajaan belum membuat keputusan berhubung cadangan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia untuk memindahkan terminal penerbangan tambang murah (LCCT) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Labu, Negeri Sembilan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami sedang menelitinya (cadangan itu) tetapi masih belum membuat sebarang keputusan. Saya tidak boleh mendahului apa-apa keputusan dengan membuat pengumuman,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan pesawat amfibia Bombardier CL415 oleh syarikat pembuat pesawat itu kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan mengkaji daripada semua sudut berhubung cadangan pembinaan LCCT baru itu bagi melihat “sama ada kita boleh meneruskannya atau pun kita perlu membuat persediaan lain.” - Bernama

No comments:

Posting Terkini