Permintaan aneh itu adalah satu daripada beberapa langkah yang cuba dilakukan oleh All Nippon Airways (ANA) bagi mengurangkan penggunaan minyak.
ANA menganggarkan jika separuh penumpangnya ke tandas sebelum berlepas, ia mampu mengurangkan pengeluaran karbon dioksida sebanyak 4.2 tan sebulan.
Salah satu cara untuk terus memikat hati isteri ialah dengan menghadiahkan pakaian dalam untuknya sebagai hadiah mengejut. Ramai suami hanya meminati tubuh isteri tetapi tidak mengambil tahu size pakaian dalamnya. Sebagai langkah pertama mari kita belajar apakah funsi coli atau bra. Baca di sini
Syarikat itu juga akan mengitar semula cawan kertas dan botol plastik sebagai sebahagian daripada usaha untuk lebih mesra alam.
Langkah itu kini di peringkat cubaan dalam 38 penerbangan domestik dan empat penerbangan antarabangsa iaitu bagi penerbangan antara Tokyo dengan Singapura pada bulan ini.
Sebelum ini, ANA pernah cuba mengurangkan berat kapal terbang dengan mengurangkan saiz majalah yang disediakan di pesawat dan mengecilkan saiz pemegang sudu dan garfu.
Ia juga menggunakan troli minuman yang lebih ringan.
Pada April lalu, ANA mengumumkan ia mengalami kerugian yang pertama sejak enam tahun lalu sedang kemerosotan ekonomi menjejas bilangan penumpang yang menaiki pesawat.
Sebelum ini, syarikat penerbangan bajet Ireland, Ryanair, berkata ia sedang menimbangkan mengenakan bayaran kepada para penumpang yang mahu menggunakan tandas semasa pesawat berada di udara. -- AFP.
No comments:
Post a Comment