Pages

Saturday, October 17, 2009

Sekilas Dunia

Militan tidak lancar serangan baru

JAKARTA: Ketua perisikan Indonesia, Encik Syamsir Siregar, meramalkan kumpulan pengganas tidak akan melancarkan serangan baru dalam tempoh terdekat menyusuli kematian Noordin Mohammed Top dan beberapa sekutunya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan tetap berjaga-jaga kerana kumpulan pengganas akan cuba membangunkan semula keupayaan mereka bagi melancarkan serangan baru. -- AFP.

Ibu lahir anak semasa koma

BERLIN: Para doktor Jerman menyifatkan kelahiran bayi lelaki oleh wanita berusia 40 tahun yang koma sejak 22 minggu terakhir kehamilannya sebagai satu kejadian yang luar biasa.

Ini pertama kali ia berlaku di dunia. Sejak 1970-an sekitar 25 kes ibu mengandung yang koma atau mati otak dilaporkan dan rata-rata ia berakhir dengan keguguran atau bayi cacat. -- AFP.

Gantung hantar amah ke Kuwait

JAKARTA: Indonesia telah menggantung penghantaran pembantu rumah ke Kuwait ekoran penderaan dan eksploitasi yang berleluasa oleh para majikan di negara Timur Tengah itu.

Kini, sekitar 500 pembantu rumah Indonesia berlindung di kedutaan negara itu di Kuwait kerana didera majikan atau tidak dibayar gaji. -- AFP.

Pyongyang tuduh Seoul ceroboh

SEOUL: Angkatan tentera Korea Utara semalam menuduh Korea Selatan menghantar kapal perang melepasi sempadan perairan kedua-dua negara.

Negara Komunis itu berkata 'provokasi ketenteraan' itu boleh mencetuskan peperangan.

Korea Selatan bagaimanapun menafikan kapal perangnya telah menceroboh perairan Korea Utara. -- AFP.

Raja Bhumibol beransur sembuh

BANGKOK: Raja Bhumibol Adulyadej dilaporkan beransur pulih tetapi beliau masih perlu menjalani rawatan terapi.

Raja Bhumibol, 81 tahun, dimasukkan ke hospital sejak 19 September lalu ekoran demam. Pihak istana berkata beliau kini beransur sembuh daripada pneumonia. -- Reuters.

No comments:

Posting Terkini