COLUMBUS (Ohio): Polis berkata seorang wanita yang berlagak jaya mengumumkan di sebuah kedai kot bahawa dia telah memenangi loteri dan akan membayar semua pembelian pelanggan. Namun, tindakannya mencetuskan rusuhan apabila para pelanggan sedar wanita itu sebenarnya berbohong.
Jurucakap polis Columbus, Leftenan Michael Deakins, berkata dalam kejadian kelmarin, wanita yang sebelum itu kelihatan menaiki limousin berkata dia akan membayar pembelian setiap pelanggan sehingga AS$500 ($694) seorang.
Ini menyebabkan para pelanggan berebut-rebut beratur di samping menelefon saudara-mara mereka agar tidak melepaskan peluang itu.
Apabila polis tiba, sekitar 500 orang didapati sudah memenuhi kedai itu sementara lagi 1,000 orang beratur di luar.
Para juruwang telah mengira pembelian pelanggan itu tetapi kemudian mendapati wanita itu sebenarnya tidak mempunyai wang. Ini menyebabkan para pelanggan marah dan mereka bertindak mengambil sahaja baju-baju di kedai itu tanpa membayarnya.
Polis berkata wanita itu ditahan kerana dia mempunyai tiga waran tangkap bagi kesalahan lalu. Dia bagaimanapun tidak didakwa atas rusuhan yang berlaku kerana penilaian kesihatan mental harus dijalankan dahulu ke atasnya.
Jurucakap kedai kot itu pula enggan mengulas tentang kekacauan yang berlaku. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment