Pages

Saturday, October 17, 2009

Lelaki dipukul mangsa setelah mencabul

KLANG: Tindakan seorang lelaki warga Bangladesh mencabul seorang peniaga di Jalan Teruntun 3, berhampiran Jalan Meru, dekat sini kelmarin, bertukar menjadi tragedi bagi dirinya.

Ini apabila dia menjadi lembik dibelasah wanita yang dicabulinya itu sebelum dia diberkas polis.

Dalam kejadian pada 12 tengah hari itu, mangsa, seorang wanita berusia 46 tahun, sedang berniaga berseorangan di sebuah kedai runcit.

Suspek dengan tiba-tiba datang dari belakang lalu memeluk dan meramas buah dada serta mencium mangsanya itu.

Terkejut dengan perlakuan lelaki itu, mangsa bergegas memberitahu suaminya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menemui suspek di belakang sebuah kedai runcit.

Suspek berlagak sepertia tiada apa yang berlaku.

Mangsa, yang tidak puas hati, terus mencapai sebatang kayu dan memukul lelaki tersebut bertubi-tubi sebelum menghubungi polis.

Wanita itu kemudian membuat laporan polis manakala suspek berusia 36 tahun itu ditahan untuk tindakan lanjut.

Polis berkata suspek, yang bekerja sebagai tukang cuci, ditahan untuk tindakan lanjut.

'Warga asing terbabit mendiami sebuah rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja tidak jauh dari kedai mangsa.

'Suspek cedera di kaki, dipercayai akibat dipukul dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,' kata polis kelmarin. -- Harian Metro.

No comments:

Posting Terkini