Pages

Saturday, October 17, 2009

Tiada pekebun kecil miskin di Selangor

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) telah berjaya mengeluarkan pekebun-pekebun kecil di Selangor daripada garis kemiskinan, kata Timbalan Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.

Kini rata-rata pekebun kecil menikmati pendapatan bulanan sekitar RM2,000 sebulan mengikut keluasan tanah malah ada yang mendapat RM3,000 hingga RM4,000 sebulan, katanya pada sambutan Aidilfitri Risda Selangor di sini hari ini.

Katanya walaupun mencapai kejayaan itu, Risda tidak akan menghentikan usaha memebantu pekebun kecil malah akan memastikan golongan itu akan mampu meningkatkan pendapatan bulanan mereka.

Untuk itu Risda akan membantu pekebun kecil menceburkan diri dalam bidang penternakan kambing dan lembu serta akuakultur bagi menambah pendapatan mereka, katanya.

Wan Mohamad berkata bahawa sebelum ini pekebun kecil juga telah dibantu oleh Risda bagi menjalankan perniagaan seperti kraftangan berasaskan daun getah, jahitan dan juga barangan makanan. - Bernama

No comments:

Posting Terkini