Pages

Thursday, December 10, 2009

Aduan kepada BPA meningkat

PEKAN: Peningkatan aduan orang ramai sejak dua tahun lalu kepada Biro Pengaduan Awam tidak bermakna ia menunjukkan kelemahan agensi awam negara, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Tam Weng Wah.

Beliau berkata, peningkatan itu menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini amat mengambil peduli masalah dan isu setempat berkaitan mereka.

Sebanyak 11,716 aduan telah diterima sehingga 30 November tahun ini berbanding 8,066 aduan sepanjang tahun lepas dan 5,347 aduan pada tahun 2007.

"Pada tahun 2007, penyelesaian aduan adalah 89.1 peratus, tahun lepas 90.6 peratus dan setakat November tahun ini 86.6 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mesra Rakyat anjuran Biro Pengaduan Awam di sini hari ini.

Tam berkata, selain menyelesaikan masalah yang dilaporkan oleh orang awam, biro itu turut menyelesaikan masalah atau isu yang disiarkan menerusi media. - Bernama

No comments:

Posting Terkini