Pages

Thursday, December 10, 2009

Kebakaran ganggu calon duduki SPM

MELAKA: Bagi 115 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Bukit Rambai, Tangga Batu, di sini, peperiksaan tergendala dua jam akibat kebakaran di satu blok bangunan sekolah itu.

Kebakaran berlaku pada 11 pagi ketika pelajar sedang menjawab kertas dua Tassawur Islam.

"Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah stor di tingkat atas," kata Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, R Ezhumalai.

Seorang pelajar, Farashahida Yahya, 17, berkata seorang guru pengawas peperiksaan memberitahu mereka bahawa peperiksaan dihentikan sementara kerana berlaku kebakaran di sebuah blok sekolah itu.

"Ketika keluar dari dewan peperiksaan kami melihat kepulan asap hitam dari blok bangunan A yang terbakar dan kami dikuarantin di sebuah domitori sebelum dibenarkan meneruskan kertas peperiksaan pada jam 1 tengah hari," katanya. - Bernama

No comments:

Posting Terkini