Pages

Monday, October 6, 2008

Raja Petra Didakwa Dibawah Akta Hasutan

Pengendali blog terkenal, Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) di bawa ke mahkamah Sesyen Petaling Jaya bagi menghadapi perbicaraan berkaitan kes hasutan pagi ini.

Beliau didakwa berhubung artikel bertajuk ‘let’s send the Altantuya murderes to hell yang disiarkan di laman web malaysia Today pada 25 April lalu yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Raja Petra yang dibawa dari Kem tahanan kamunting tiba di perkarangan mahkamah dengan menaiki sebuah van Polis bernombor WQV4491 pada kira-kira jam 8.30 pagi. Turut kelihatan di perkarangan mahkamah ialah isterinya, Marina Abdullah.

Beliau kelihatan kurus dan penat dilihat memakai tshirt bewarna hitam dan berkolar putih ketika di bawa ke bilik mahkamah. Beliau kelihatan sempat tersenyum dan berbual seketika dengan beberapa kenalan yang menunggu ketibaan beliau.

Raja Petra yang lebih dikenali sebagai RPK didakwa di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta hasutan kerana menerbitkan artikel berunsur menghasut dan jika sabit kesalahan boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda sehingga RM5000. Perbicaraan kes berkenaan didengar di hadapan hakim Rozina Ayub dan akan berlangsung selama seminggu.

Seramai kira-kira 30 wartawan termasuk jurugambar menunggu di perkarangan mahkamah seawal jam 8.00 pagi bagi mengikuti kes berkenaan manakala lebih 60 penyokong beliau hadir bagi menunjukkan sokongan mereka dengan memakai baju berwarna Oren dan Merah.

Penyokong-penyokongnya kemudian dilihat melaungkan ‘daulat tuanku’ dan ‘ no to ISA’ sejurus melihat kelibat beliau di bawa ke bilik mahkamah.

Selain menghadapi tuduhan di bawah akta hasutan, Raja Petra turut menjalani tahanan ISA selama dua tahun di kem tahanan Kamunting sejak 22 September berhubung artikel yang ditulis di dalam blog beliau yang didakwa menghina Islam.

Turut kelihatan di kawasan mahkamah beberapa pemimpin pembangkang yang diketuai tokoh utama DAP Lim Kit Siang, Exco Negeri Selangor, Ronnie Liu dan Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisyam Saharin.

No comments:

Posting Terkini