Pages

Monday, November 16, 2009

Adik, 14 tahun, rogol kakak hingga hamil

KUALA LUMPUR: Dia baru berusia 14 tahun tetapi tergamak merogol kakak kandungnya yang setahun lebih tua.

Perbuatan sumbang mahram itu menyebabkan kakaknya, Yanti, kini sarat mengandung dan menanti masa melahirkan anak.

'Sepatutnya saya ambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak ini lahir.

'Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan keadaan ini,' kata Yanti ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

'Tragedi itu berlaku di rumah. Ketika semua orang tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

'Adik menekup mulut saya dan mengugut akan mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk syaitan, saya dirogol,' katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

'Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku.' katanya.

Sementara itu, perunding motivasi, Profesor Madya Md Izuddin Ali, berkata dari Januari hingga Disember 2008, beliau menerima 30 aduan sumbang mahram.

Sepanjang 10 bulan pertama 2009 pula, 15 kes dilaporkan kepadanya.

'Gejala itu sungguh membimbangkan kerana ia kini bukan setakat haruan makan anak tetapi turut membabitkan adik, abang atau individu lain yang ada pertalian keluarga. Kebiasaannya pula, ia akan berulang,' katanya. -- Metro Ahad.

No comments:

Posting Terkini