Sultan Ahmed bin Sulayem, Pengerusi Dubai World menerangkan kepada tetamu mengenai rancangan membina projek Pelabuhan dan Menara, bangunan tertinggi di dunia setinggi 1 kilometer yang akan dibina di Dubai, kelmarin. – AP
DUBAI 6 Okt. – Syarikat pemaju Nakheel semalam mengumumkan rancangan untuk membina sebuah menara setinggi satu kilometer atau 3,280 kaki, sekali gus bakal mengatasi rekod bangunan tertinggi di dunia yang ada sekarang.
Menurut Presiden Dubai World, Sultan Ahmed bin Sulaiyem, ia merupakan satu-satunya projek seumpama itu di dunia yang hendak dilaksanakan setakat ini.
“Keseluruhan projek membabitkan kawasan seluas 270 hektar bagi mewujudkan bandar baru Dubai, merangkumi sebuah menara setinggi satu kilometer,” katanya sebagaimana dipetik oleh agensi berita WAM semalam.
Beliau berkata, projek Menara dan Pelabuhan Hakheel itu dijangka siap menjelang tahun 2020 dengan kos pembinaan bernilai berbilion dirham. (Satu dirham bersamaan AS$0.27)
Ketika ini, bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai masih dalam pembinaan dan telah mencapai ketinggian 688 meter atau 2,257 kaki.
Menurut syarikat pemaju bangunan itu, Emaar - Burj Dubai kini telah mencapai paras 160 tingkat. – AFP
Tuesday, October 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Tuan,
Memang GAH.. proses pembangunan di Dubai.. orang lain sibuk2 dengan pembangunan Malaysia sekarang sibuk dengan politik jatuh menjatuh yang tak sudah2...
Sudah lah.. tumpukanlah pula pada pembangunan dan taraf ekonimi rakyat... jangan asyik bergaduh ja.. heee..
Salam Tuan,
Memang GAH.. proses pembangunan di Dubai.. orang lain sibuk2 dengan pembangunan Malaysia sekarang sibuk dengan politik jatuh menjatuh yang tak sudah2...
Sudah lah.. tumpukanlah pula pada pembangunan dan taraf ekonimi rakyat... jangan asyik bergaduh ja.. heee..
Post a Comment