Pages

Wednesday, June 22, 2011

Empat penunjuk perasaan terbunuh di Syria

NICOSIA 22 Jun - Empat orang terbunuh selepas pihak keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan walaupun Presiden Bashar al-Assad telah mengeluarkan arahan pengampunan beramai-ramai.

"Dua orang awam terbunuh di Homs dan enam yang lain cedera apabila pihak keselamatan melepaskan tembakan ke arah demonstrasi yang menuntut kebebasan," kata aktivis.

Dua lagi penunjuk perasaan terbunuh di wilayah Mayadin di timur laut Deir Ezzor. - AFP

No comments:

Posting Terkini