Pages

Tuesday, June 21, 2011

Khalid dan Saari kembali dalam kepimpinan PAS Selangor

Warta KerajaanRakyat - SHAH ALAM:  Ahli Parlimen Shah Alam  Khalid Samad dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib menyertai semula kepimpinan  Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor bagi sesi 2011-2013.
Khalid dilantik Timbalan Pesuruhjaya III manakala Saari menyandang jawatan Ketua Penerangan PAS Selangor.
Khalid dan  Saari digugurkan pada sesi 2008-2010.
Perkara itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dalam sidang media di Bangunan PAS Selangor di sini hari ini.

Abd Rani berkata Adun Chempaka, Iskandar Abd Samad dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, menggantikan Dr Osman Sabran manakala  Pesuruhjaya II dipegang oleh Sallehen Mukhyi bagi menggantikan Dr Che Rosli Che Mat.
Adun Selat Klang Halimah Ali pula merupakan  ahli yang dilantik.
Menurut Abd Rani barisan baru  ini terdiri daripada kombinasi golongan ulama,profesional yang baru dan lama.
Sebulat suara
Beliau berkata pemilihan ini bukan mengikut kehendak beliau, tetapi sebulat suara yang menerima cadangan daripada setiap Yang Dipertua PAS kawasan.
“Pentingnya Badan Perhubungan PAS yang baru ini adalah kombinasi ulama,profesional yang baru dan lama. Mereka ini dipilih kerana mereka orang yang mudah bekerjasama.
“Saya pilih mengikut cara Kelantan iaitu saya hubungi YDP setiap kawasan di mana mereka memberi pendapat setiap kebaikan dan keburukan calon yang dipilih. Mereka dipilih kerana mempunyai  rekod yang bagus.
“Maka tidak timbul sebarang masalah jika ada ahli yang pernah digugurkan menyertai semula PAS negeri yang baru ini. Orang lama dalam barisan terdahulu menolak untuk pegang jawatan itu akibat mengalami masalah kesihatan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai kemasukan semula Khalid dan Saari.
Tegas beliau,tumpuan barisan baru ini adalah untuk memperkasakan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Abd Rani yang menyifatkan bekas Pesuruhjaya Datuk  Dr Hasan Ali sebagai idolanya dan yakin barisan yang dilantik ini mempunyai kelebihan tersendiri dalam memberi sumbangan kepada parti.
“Tidak timbul soal saya tidak berkenaan dengan sesiapa,tetapi tiada seorang pun yang berkempen untuk jawatan yang dikehendaki.
“Yang dilantik juga ada kemahiran masing-masing dan mampu memberi sumbangan maka kita akan manfaatkan kemahiran mereka untuk parti,” katanya yang juga Adun Meru.



No comments:

Posting Terkini