Pages

Saturday, March 21, 2009

Sah Fairus letak jawatan Tim Ketua Menteri, kekal ADUN

PETALING JAYA: Selepas desas-desus sejak tiga hari lalu, Mohamad Fairus Khairuddin disahkan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan ahli Exco negeri.

Keputusan itu berkuat kusa 8 April ini - sehari selepas tiga pilihan raya kecil serentak.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng tengah hari tadi.

Fairus mengambil keputusan tersebut di sebalik siasatan berhubung isu rasuah berkaitan dengan aktiviti kuari di Pulau Pinang.

Fairus dilantik Timbalan Ketua Menteri selepas pilihan raya umum ke-12 Mac tahun lalu.

Sebenarnya desas-desus Fairus akan meletakkan jawatan itu sudah kedengaran sejak Disember lalu.

Sejak pertengahan minggu ini sudah kedengaran desas-desus Fairus sudah diarahkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) agar meletakkan jawatan itu dan juga sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti.

Kata Lim, beliau telah pun menerima surat peletakan jawatan Fairus hari ini.

Bagaimanapun katanya, Fairus akan kekal sebagai ADUN Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penanti merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Permatang Pauh yang Anwar merupakan Ahli Parlimennya.

Lim bagaimanapun enggan mendedahkan sebab Fairus meletakkan jawatan.

Semalam, Lim berkata, beliau meluluskan permohonan Fairus atas permintaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, beliau menafikan desas-desus kononnya timbalannya itu telah dipecat dan menegaskan bahawa buat masa ini beliau tidak bercadang untuk menukar timbalannya.


1 comment:

hhs said...

Yg kurang layak patut digantikan dgn yg layak.

Seperti dalam MPKJ, bila BN berkuasa, kita bantah Loji Memproses Sampah di Broga sebab kesan keatas Alam Sekitar.

Bila PR berkuasa, kilang2 haram yg mencemar alam sekitar dan anak2 sungai di lindung dan disokong!

Alasan En Hanapi(ahli MPKJ), pendapatan Selangor and peluang perkerjaan(warga asing-Bangla/India, yg mungkin tanpa izin) lebih penting dari kesan pencemaran yg akan menjejas kesihatan BERJUTA-JUTA penduduk2 di Lembah Kelang. Anak2 sungai di Semenyih mengalir ke Loji Air di Hulu Langat(yg membekal air ke Lembah Kelang).

Juga alasan bahwa kurang kemampuan/pengalaman....jika tidak layak menjalankan tugas sebagai Ahli MPKJ yg efektif, kenape tidak memberi peluang kepada yg orang lain yg layak dan boleh menjaga Semenyih dengan baik dan efektif?


Amat kecewa dengan sikap kurang bertanggungjawab dan HIPOKRIT


Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dlm Pilihraya lalu. Jika PK tidak boleh mentadbir dgn baik, Pilihraya akan datang, BN pasti naik balik

Posting Terkini