Pages

Tuesday, October 27, 2009

Sekilas - Dunia

Lelaki dijatuhi 80 hukuman jel seumur hidup

SAN ANTONIO: Seorang lelaki Texas yang mengaku menganiayai secara seksual seorang kanak-kanak selama tiga tahun, telah dijatuhi 80 hukuman penjara seumur hidup.

Scott Lee Zulfer Jumaat lalu mengaku bersalah atas 69 pertuduhan, termasuk serangan seksual dan 11 dakwaan penaniayaan seks dari 2006 hingga 2008, kata akhbar The San Antonio Express-News. -- AP.

Empat korban dalam serangan Taleban

KHAR (Pakistan): Kumpulan militan Taleban yang bersenjatakan roket dan senjata api lain telah menyerang sebuah pusat pemeriksaan tentera di kawasan puak Pakistan dan mengorbankan empat askar, kata pegawai keselamatan dan pemerintah, semalam.

Serangan ke atas pusat Matak di Charmang di daerah Bajaur, dekat kawasan sempadan Afghanistan dilakukan oleh kira-kira 20 militan, kata mereka. -- AFP.

Raja Saudi batalkan hukuman

RIYADH: Raja Arab Saudi telah membatalkan hukuman ke atas wartawan wanita negara itu yang didakwa terbabit dalam rancangan yang membincangkan isu seks di televisyen.

Jurucakap Kementerian Maklumat Arab Saudi berkata Raja Abdullah memerintahkan agar hukuman 60 sebatan ke atas Rozanna al-Yami itu dimansuhkan. -- AP.

No comments:

Posting Terkini