Pages

Monday, April 11, 2011

Perubahan jawatan dalam Perkasa; Datuk Shuib diganti

PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari melantik Irwan Fahmi Ideris untuk memenuhi kekosongan jawatan ketua wira.
Jawatan ketua wiranita yang telah dikosongkan oleh . Raihan Suleiman digantikan dengan Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin.
Irwan dan Norkhaila sebelum ini memegang jawatan naib ketua dalam sayap wira dan wirawati Perkasa.
Arman Azha Abu Hanifa dan Raihan Suleiman menyandang jawatan ketua wira dan wirawati sejak penubuhan Perkasa dalam tahun 2008.

Kedua-dua mereka meletakkan jawatan bulan lalu kerana mahukan Perkasa memainkan peranan dalam politik negara.
Usul ini walau bagaimanapun tidak dipersetujui presiden parti, Datuk Ibrahim Ali.
“Penyandang jawatan bendahari, Datuk Shuaib Lazim turut digantikan kerana beliau tidak sihat,” kata setiausaha agung, Syed Hasan Syed Ali dalam kenyataan media selepas mesyuarat pusat Perkasa petang tadi.
Bendahari baru Perkasa ialah Dr Marzuki Ibrahim.
Shuaib ialah mantan senator yang menjadi tumpuan media berikutan pendedahan bahawa beliau adalah Datuk T.
Sementara itu, yang dipertua Perkasa Wilayah Persekutuan turut digantikan oleh Sharifuddin Abdul Hamid.
Penyandang sebelum ini, Datuk Mokhtar Samad melepaskan jawatannya kerana sibuk dengan  tugasnya sebagai presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
Memantau ekonomi Bumiputera
Dalam perkembangan berkaitan, Perkasa turut menubuhkan Badan Pemantau Prestasi Bumiputera (Pemantau).
“Badan ini akan diketuai oleh pengerusi biro ekonomi Perkasa yang juga naib presiden Perkasa Dr Zubir Harun,” kata Syed Hasan.
“Pemantau diwujudkan bagi memastikan prestasi ekonomi Bumiputera sentiasa diukur, dianalisa dan dibahaskan secara berkesinambungan.
“Segala data dan analisis yang diperolehi menerusi Pemantau dapat diguna pakai oleh semua pihak demi kepentingan ekonomi bumiputera,” tambah beliau.
Dua unit beroperasi di bawah Pemantau.
Unit pertama, Jaringan Penyelidik Bumiputera, akan melakarkan agenda penyelidik untuk memahami isu-isu ekonomi bumiputra, mengenalpasti faktor yang mempengaruhi prestasi dan langkah penyelesaian.
Unit kedua pula, ‘Malay Agenda War Room’ merupakan pusat operasi bagi membincangkan hasil kajian dan memperkenalkan langkah-langkah untuk masuk campur tangan yang perlu dijayakan secara gerak cepat.
Langkah ini akan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi,TERAJU,Majlis Amanah Rakyat.

1 comment:

otaklunyai said...

Sudah lah perkosa... kunun nak jaga dan bela maruah melayu... ko sendiri tak da maruah... tak lama lagi mampuslah puak2 perkosa nih... tak lam je lagi...

Posting Terkini