Pages

Monday, April 11, 2011

Sultan Selangor gantung gelaran Kong Choy


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggantung gelaran Datuk yang dianugerah kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy sehingga mahkamah membuat keputusan dalam kes skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Bekas Timbalan Presiden MCA itu menerima anugerah darjah kebesaran itu daripada baginda pada 2003
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)
Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Selango, baginda juga menarik balik gelaran sama terhadap Tan Sri Dr Ting Pek Khiing dibuat 24 Mac lalu ekoran bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Berhad itu, diisytihar bankrap pada 29 Oktober lalu 2010.

No comments:

Posting Terkini