Pages

Tuesday, December 8, 2009

Laporan OSA: MPAJ Belum Terima Arahan Bertulis

KUALA LUMPUR, 7 Disember - Kementerian Kerjaya Raya (JKR) digesa menyegerakan pengeluaran laporan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa sepeti yang dijanjikan Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor minggu lalu.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata kementerian berkenaan sehingga kini gagal memberikan arahan bertulis kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mengedarkan laporan berkenaan.

Zuraida berkata, Shaziman seharusnya lebih peka dengan perkembangan pengedaran laporan berkenaan.

“Walaupun menteri telah mengumumkan untuk mendedahkannya pada hari Sabtu tapi malangnya hari ini penduduk-penduduk pergi ke Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mendapatkan laporan itu, MPAJ masih tidak boleh keluarkan laporan itu kerana belum mendapat arahan bertulis dari Menteri untuk keluarkan laporan itu.

“Saya akan menggesa Menteri untuk lakukan apa yang dia cakap pada hari Sabtu agar nampak lebih ikhlas dalam menyebarkan laporan ini,” katanya di lobi Parlimen.

Shaziman minggu lalu mengumukan bahawa Kabinet bersetuju supaya laporan berkenaan di bawah Akta Rasiah Rasmi (OSA) didedahkan kepada umum setelah didesak kerajaan negeri Selangor.

Zuraida juga meminta supaya kerajaan persekutuan mendedahkan Kajian Pelan Induk Cerun Negara (KPICN) yang merupakan kajian menyeluruh terhadap kestabilan cerun dan tanah tinggi yang akan dijadikan panduan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum meluluskan projek pembangunan.

Kajian itu mengambil masa selama dua tahun merupakan kerjasama Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR dengan Kumpulan Ikram Sdn Bhd (Ikram) dan siap sepenuhnya pada tahun 2008.

No comments:

Posting Terkini