Pages

Tuesday, December 8, 2009

Forum Terbuka: “Teladan dari Krisis Perak”

KUALA LUMPUR, 7 Disember - Khuatir dengan sindrom campurtangan Eksekutif dalam badan perundangan, satu forum terbuka bertajuk “Teladan dari Krisis Perak” diadakan bagi menguja kesedaran rakyat akan pencabulan ini.

Forum yang mendapat kerjasama Merdeka Review itu bakal berlangsung jam 8 malam di Auditorium Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada 9 Disember depan.

Wacana ini menghimpunkan tiga panelis terkemuka seperti pakar perlembagaan Malaysia, Profesor Kevin Tan dari Universiti Yale Amerika Syarikat, Profesor Datuk Shad Faruqi dan mangsa rampasan kuasa di Perak, Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koh Ham berkata, wacana ini perlu kerana pihak eksekutif memporak-perandakan sistem perundangan Negara demi kepentingan politik sempit.

“Semua pihak perlu dilayan secara samarata oleh undang-undang dan ia tidak boleh menghormati mana-mana individu.

“Banyak kes kebelakang ini menunjukkan tiada lagi undang-undang,” katanya.

“Baru-baru ini satu kes mengenai Ketua Kampung, sangat jelas kontrak perkhidmatan ketua kampong adalah dua tahun bermula tarikh lantikan. Tetapi mahkamah memutuskan ia adalah keputusan politik. Ia melanggar kontrak sedia ada, jadi banyak ketidakpastian,” katanya.

Ngeh berharap masyarakat setempat memberi sokongan kepada wacana ini dan hadir beramai-ramai untuk mendengar hujah dari panelis jemputan.

No comments:

Posting Terkini